Sunday, May 2, 2010

Panduan Menulis Karangan

KARANGAN BERPANDU

1. Pengenalan
a) Karangan berpandu membawa 20 markah.
b) Masa yang dicadangkan ialah 25 minit.
c) Karangan berpandu bermaksud bahan untuk menulis karangan telah disediakan seperti
gambar tunggal, bersiri, atau jadual dan calon diminta menulis karangan berdasarkan
maklumat yang diberi.
d) Kepanjangan karangan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

2. Cara Menjawab
a) Baca kata kunci soalan untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh soalan. Kata kunci
merupakan tema atau kehendak soalan.
b) Calon digalakkan menjawab soalan ini dahulu sebelum menulis karangan di Bahagian C.
c) Sebelum menjawab, perhatikan dengan teliti maklumat yang diberi. Jika soalan meminta
menulis ucapan atau laporan, pastikan calon mengikut format karangan tersebut.
d) Tulis karangan berdasarkan maklumat yang diberi. Jangan ada maklumat yang tertinggal.
e) Calon dicadangkan menulis sekitar tiga isi. Hal ini bermakna, keseluruhan karangan sebanyak lima perenggan (termasuk pendahuluan dan penutup).
f) Idea sendiri berupa cadangan boleh dimasukkan di dalam bahagian penutup.
g) Digalakkan meletakkan peribahasa atau kata-kata hikmat.

3. Teknik Memperoleh Markah Cemerlang
a) Penggunaan kata dan ayat yang gramatis.
b) Ejaan dan tanda baca perlu betul.
c) Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata.
d) Idea yang relevan berdasarkan tajuk yang diberi.
e) Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan, dan kesimpulan sesuai dan berkembang.
f) Pengolahan yang menarik.
g) Penggunaan frasa atau ayat yang indah serta peribahasa atau kata-kata hikmat amat digalakkan.
KARANGAN UMUM
1. Keperluan PMR
a) Soalan berkaitan karangan akan diajukan dalam, Kertas Bahasa Melayu 2, Bahagian C.
b) Soalan ini mengandungi lima soalan dan anda diminta memilih salah satu daripada tajuk tersebut.
c) Calon diminta menulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 180 patah perkataan dalam tempoh 45 minit.
d) Karangan umum membawa 40 markah.

2. Bentuk dan jenis karangan PMR
a) Pada umumnya, terdapat dua bentuk karangan, iaitu karangan berformat khusus dan karangan berformat umum.
b) Karangan berformat khusus seperti surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, laporan, ucapan/syarahan/ceramah/ perbahasan, wawancara, ulasan, dan rencana. Jika tidak mematuhl format yang ditetapkan, calon akan kehilangan tiga markah.

3. Persediaan awal sebelum menulis karangan
a) Sebagai persediaan awal, calon perlu mengemaskinikan pengetahuan tentang isu-isu semasa, sama ada menerusi akhbar, majalah, televisyen, mahupun Internet.
b) Sejak dari tingkatan satu lagi, calon sewajarnya sudah menyediakan fail berdasarkan sesuatu topik dan calon boleh memasukkan ke dalam fail tersebut setiap kali memperoleh maklumat berkaitan. Topik yang perlu diketahui ialah pendidikan, kemasyarakatan, sains dan teknologi, akhlak dan disiplin remaja, clam sekitar, kesihatan, kebudayaan dan pelancongan, dan perindustrian.
c) Calon juga perlu menguasai asas­asas penulisan supaya hasil penulisan mengandungi fakta yang kukuh dan terlihat akan kematangan. menulis.

4. Strategi menulis karangan
(a) Memilih Soalan yang Tepat
i. Soalan yang hendak ditulis bersesuaian dengan pengetahuan, pemahaman, dan keupayaan calon agar karangan yang ditulis tepat, padat, dan. bernas.
ii. Calon perlu memahami kehendak soalan dengan mencari kata kunci pada setiap soalan, contohnya, bincangkan, bahaskan, berikan pendapat, ceritakan, gambarkan, huraikan, dan ulaskan.
iii. Setiap kata kunci yang ditemui, perlu digaris agar kehendak soalan difahami.
(b) Menyediakan Rangka Karangan
i. Bahan yang diperoleh jangan terus di­tulis. Catatkan dalam kertas, kemudian susun; isi yang penting didahulu, kemudian cari contoh yang berkaitan bagi memantapkan isi tersebut.
ii. Aspek bahasa perlu diberi perhatian, termasuklah aspek tatabahasa, ejaan, tanda baca, perenggan, dan pemilihan kata yang tepat.
(c) Perenggan Pendahuluan
i. Perenggan pendahuluan mestilah berdasarkan rangka pendahuluan yang disediakan.
ii. Perenggan pendahuluan amat penting untuk menarik perhatian pemeriksa untuk terus membacanya.
(d) Perenggan Isi
i. Setiap isi perlu ditulis dalam sebuah perenggan. Untuk memantapkan isi, perlu ada huraian dan contoh yang bersesuaian. Faktor lain seperti maklumat tambahan, ulasan, dan memberi kesimpulan boleh dimasuk­kan dalam perenggan isi.
ii. Setiap isi perlu ada wacana yang bersesuaian agar keterangan setiap isi tidak terputus dan dapat memperlihatkan kesatuan idea yang mantap.
(e) Perenggan Penutup
i. Penutup perenggan berupa kesimpulan, di samping pendirian tentang sesuatu tajuk.
ii. Kesimpulan mestilah padat dan sama panjang dengan pendahuluan dan isi.

5. Ciri-ciri karangan cemerlang
(a) Isi
i. Mencukupi dan berkembang iaitu sekurang-kurang 4/5 isi.
ii. Isi dikembangkan dalam 3/4 ayat.
iii. Isi diikuti dengan contoh bukti.
iv. Isi dan huraian 40-50 patah perkataan.
(b) Bahasa
i. Amat memuaskan dan lancar.
ii. Ayat-ayat yang bertenaga.
iii. Ayat-ayat yang jelas dan tidak berbelit­-belit dari segi strukturnya.
iv. Ayat-ayat yang ada kaitan dengan isi.
v. Ayat-ayat menggunakan bahasa indah.
(c) Pengolahan
i. Penyusunan isi dan ayat menarik.
ii. Memulakan karangan dengan isu yang merangsangkan, contoh isu yang menggemparkan atau data yang terkini.
iii. Bentuk huraian yang pelbagai; deduktif, induktif, dan gabungan.
iv. Huraian penutup yang mantap dan mempunyai pendirian.

6. Menyemak karangan
a) Sebelum menyerahkan karangan kepada pemeriksa, calon perlulah menyemak karangan tersebut terlebih dahulu.
b) Pastikan tiada isi-isi penting tertinggal dan penggunaan penanda wacana yang bersesuaian.
c) Semak aspek bahasa yang meliputi tatabahasa, ejaan, tanda baca, dan penggunaan kata yang tepat.

7 Pemarkahan karangan
a) Untuk pengetahuan calon, sebelum pemeriksaan dibuat, pemeriksa diarahkan agar membaca karangan sekah lalu untuk mendapat kesan (impression) terhadap karangan tersebut.
b) Kemudian pemeriksa akan menilai dan menganggarkan peringkat karangan berkenaan sama ada dimasukkan ke peringkat A, B, C, D, atau E. Perkara yang diperhatikan semasa membuat pertimbangan ialah bahasa, isi, dan penyampaian.
c) Walaupun calon diminta menulis tiga isi dengan kepanjangan sekitar 180 patah perkataan, tetapi kebiasaannya calon yang memperoleh A adalah calon yang menyertakan lima isi dengan kepan­jangan tidak kurang daripada 360 patah perkataan.
d) Calon digalakkan menulis karangan yang panjang, asal sahaja ticlak melebihi masa yang ditetapkan.




8. Pemotongan markah
a) Ejaan setengah (1/2) markah dipotong bagi setiap ejaan yang salah tetapi tiada potongan pada kesalahan yang berulang. Potongan keseluruhan dua markah. Ejaan henclaklah menggunakan sistem Ejaan Rumi/Jawi Malaysia sepenuhnya.
b) Bagi yang tidak mengikut format yang ditetapkan, sebanyak tiga markah akan ditolak.

0 comments:

Post a Comment