Sunday, April 25, 2010

PERIBAHASA

PERIBAHASA

1. Lintah darat.- orang yang mengambil keuntungan yang sangat tinggi.
Orang tengah yang menjadi lintah darat itu telah mengaut keuntungan yang banyak menyebabkan petani kerugian.

2. bagai aur dengan tebing - hidup tolong – menolong antara satu sama lain
Penduduk kampong itu hidup bagai aur dengan tebing, saling membantu dan sentiasa bekerjasama.

3. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Negeri sendiri lebih baik daripada negeri orang walaupun mewah
Walaupun sudah lama dia menetap di luar negara, namun akhirnya dia kembali juga ke Malaysia kerana baginya hujan emas di
negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri.

4. Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat
Kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah hasil persefahaman dan kerjasama yang erat.
Mereka mengambil kata putus untuk menyokong ketua mereka dalam hal itu, seperti kata pepatah bulat air kerana pembentung,
bulat kata kerana muafakat.

5. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Sama-sama menikmati kesenangan tau menghadapi kesusahan.
Penduduk kampong itu sanggup mengharungi susah dan senang bersama-sama kerana mereka berpegang pada prinsip ke bukit
sama didaki, ke lurah sama dituruni.

6. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Jika kita bersefahaman, kita akan menjadi kuat tetapi jika kita berpecah – belah kita akan menjadi lemah.
Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa, kita perlu hidup dalam persefahaman kerana bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.

7. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Pembahagian yang sama rata atau adil
Ketua kumpulan nelayan itu membahagikan sama rata hasil tangkapan mereka bak kata orang hati gajah sama dilapah, hati kuman
sama dicecah.

8. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Bermuafakat dalam melakukan sesuatu pekerjaan sama ada susah atau senang
Penduduk di kawasan perumahan ini bekerjasama dalam menangani semua masalah, bagi mereka berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing.

9. Seperti kacang lupakan kulit
Orang yang tidak mengenang budi.
Anak-anak pada zaman ini bertindak seperti kacang lupakan kulit kerana sanggup menghantar ibu bapa mereka yang telah tua ke
rumah orang-orang tua.

10. Di mana bumi dipijak ,disitulah langit dijunjung
Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adapt resam masyarakat situ.
“ Kamu hendaklah mematuhi undang-undang negara ini jika hendak bekerja di sini keran di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung”, kata pegawai imigresen itu.

11. Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak
Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Walaupun perantau tetapi orang itu pandai membawa diri di tempat orang. Sikapnya itu umpama masuk ke kandang kambing
mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak.

12. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua
Orang yang semuafakat, sehidup semati dan tidak berubah kesetiaannya.
Ahli kumpulan itu bersetia ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.

13. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Kesenangan atau kejayaan akan dicapai setelah bersusah payah berusaha.
Setelah berusaha bersungguh-sungguh kini perniagaannya telah berjaya, dia menjadi kaya – raya dan dia yakin jika berakit-rakit ke
hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

14. Kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya
Hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati.
Alia amat gembira kerana hasil usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan membolehkannya mendapat keputusan yang
cemerlang dalam SPM seperti kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya.

15. Rajin dan usaha tangga kejayaan
Ikhtiar untuk mencapai sesuatu.
Pelajar-pelajar sentiasa diingatkan agar belajar bersungguh-sungguh jika hendak mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan kerana rajin dan usaha tangga kejayaan.

16. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Kita mestilah berusaha tanpa jemu dan jangan mengharapkan kejayaan itu datang dengan sendirinya.
Amri selalu ditegur oleh ibunya kerana sikap malasnya menyebabkan semua kerja yang dilakukannya tidak menjadi. Bagi ibunya
yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang.

17. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Cermat
Johan menyimpan wang sakunya sehari sepuluh sen, kini wang itu berjumlah RM 200. Itulah yang dikatakan sedikit-sedikit, lama-
lama jadi bukit.

18. Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Kerajaan perlu mamantau mutu dan kualiti pendidikan swasta yang banyak pada masa ini bak cendawan tumbuh selepas hujan
agar benar-benar dapat melahirkan graduan yang berdaya saing.

19. Biar mati anak , jangan mati adat
Pegangan adat yang kuat sehingga anak menjadi korban
Masyarakat yang tinggal di negeri Sembilan

20. Sediakan payung sebelum hujan
Menyediakan perlindungan sebelum mendapat kesusahan
Encik Murthi menyimpan wang di bank kerana tindakan ini dianggap sebagai sediakan payung sebelum hujan kerana wang itu
boleh digunakan pada masa kecemasan.

21. Genggam bara api biarlah sampai menjadi arang
Membuat sesauatu pekerjaan yang susah biarlah sampai berjaya
Kamil terus berusaha untuk menamatkan lariannya dalam perlumbaan itu walaupun berasa penat kerana dia berpendapat genggam
bara api biarlah samapai menjadi arang.

22. Seperti lembu dicucuk hidung
Mengikut sahaja kehendak orang lain
Amirul mengikut sahaja kehendak ibunya seperti lembu dicucuk hidung supaya berkahwin dengan gadis pilihannya.

22. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
Pemuda dan pemudilah yang menjadi tonggak negara.
Golongan remaja mesti dididik sebagai warganegara yang bertanggungjawab kerana kepada merekalah kita bergantung harap
untuk merealisasikan slogan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.




23. Duduk sama rendah berdiri sama tinggi
Sama taraf
Puan Fatimah sentiasa mengingatkan anak-anaknya supaya mencari calon suami yang sepadan seperti kata orang tua-tua duduk
sama rendah berdiri sama tinggi.

24 Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Mendidik seseorang wajar dilakukan semenjak dia masih kecil.
Encik Hasni begitu tegas mendidik anak-anaknya supaya bersopan sejak kecil kerana baginya melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

25.Terang hati
Mudah faham.
Rubiah mudah menerima pelajaran yang diajarkan kerana dia terang hati.

26.Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati
Lebh baik beringat-ingat dan menghindar sebelum berlaku sesuatu perkara yang tidak baik.
Kita digalakkan untuk mengambil makanan yang seimbang dan mengelakkan daripada mengambil makanan segera yang boleh
menyumbang kepada penyakit berbahaya kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

27. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Kekal dan tidak dipinda-pinda.
Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Tan Sri P. Ramlee tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas kerana masih lagi diminati oleh
orang ramai.

28. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Kuasa atau pengaruh yang dimiliki.
Penduduk kampung hanya menunggu keputusan ketua kampung sahaja berhubung perkara itu sebelum bertindak kerana dayung
sudah di tangan perahu sudah di air.

29. Negara bersih rakyat sihat
Kebersihan akan menghindarkan pelbagai penyakit.
Pihak berkuasa sentiasa mengingatkan kita bahawa negara bersih rakyat sihat kerana persekitaran yang kotor akan mengundang
pelbagai jenis penyakit sekaligus menjejaskan kesihatan kita.

5 comments:

Unknown said...

peribahasa untk tidak pandai meyesuaikan diri

Unknown said...

seperti rusa masuk kampung

Unknown said...

Boleh saya bertanya apakah peribahasa yang bermaksud bijak bercampur dan beramah mesra.

Unknown said...

Peribahasa untuk pandai membiasakan diri

Unknown said...

Peribahasa yang bermaksud bijak bercampur.beramah mesra. Dan lama kelamaan

Post a Comment