Showing posts with label TINGKATAN 2. Show all posts
Showing posts with label TINGKATAN 2. Show all posts

Sunday, May 9, 2010

Nota pantun perpisahan

Puasi Tradisional
Tajuk: Pantun Perpisahan
Tema: Perpisahan merupakan peristiwa yang menyedih bagi orang yang mengalaminya
Persoalan: a) Perpisahan merupakan perkara yang lumrah dalam kehidupan.
b)Orang yang berpisah tetap berharap akan bertemu kembali.
c)Hanya pesan dan nasihat dapat mengiringi perpisahan
Nilai: Kasih sayang, semangat setia kawan, bersyukur
Pengajaran: a) Manusia hendaklah menerima perpisahan dengan hati terbuka
b) Kita hendaklah mengingati orang-orang yang disayangi apabila berjauhan
c) Manusia hendaklah bersyukur jika ditakdirkan panjang umur.
Gaya Bahasa: anafora (pengulangan ‘Hari ini’ dalam rangkap pertama)
Hiperbola (Seribu tahun kembali jua)

ujian 1 tingkatan 2, 2010

SEK MEN ST.MARK. BUTTERWORTH

UJIAN PENILAIAN BAHASA MELAYU PERTAMA TAHUN 2010
TINGKATAN PERALIHAN

MASA 1 JAM

NAMA:
TINGKATAN: PS / PT
ARAHAN: JAWAB SEMUA SOALAN

Soalan 1 hingga 5

Isikan tempat kosong dengan kata majmuk yang sesuai.

biru muda jawatankuasa warganegara terima kasih diubah suai


Orang miskin itu mengucapkan …………………… kepada penduduk kampung yang menghulurkan bantuan kepadanya.
Gadis itu gemar memakai baju kurung berwarna………………………
Bilik darjah itu telah………………..menjadi makmal komputer sekolah.
Semua ahli …………………. Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang terpilih berjanji akan menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh.
Semua ………………………..Indonesia yang ditangkap akan dihantar ke Pusat Tahanan Semenyih

Soalan 6 hingga 10
Isikan tempat kosong dengan kata nama yang sesuai.

petani Samsung sekolah Proton Saga lalat

Makanan yang terdedah di atas meja itu telah dihinggap oleh………………………
Beberapa orang………………………sedang membangting padi di bendang.
Orang ramai berlumba-lumba melihat kereta……………………..di bilik pameran itu.
Pak Harun membawa televisyen berjenama………………………… untuk dibaiki.
Ibu bapa hadir ke ………………………. untuk menandatangani kad pelaporan akademik.





Soalan 11 hingga 20
Isikan tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai

batang sikat longgok bentuk laras tangkai helai jambak utas pucuk

Berapa………………..sungai di Malaysia dilaporkan tercemar sejak lima tahun lepas.
Mak Utih memasukkan beberapa ……………………..pisang ke dalam bakul.
Beberapa…………………..buah manggis telah habis dijual oleh Pak Ali pagi tadi.
Beberapa………………………..cincin ibu yang hilang sebulan yang lalu telah dijumpai oleh adik.
Dua…………………..senapang yang digunakan dalam rompakan itu telah berjaya dijumpai oleh pihak polis.
Nenek membawa pulang beberapa……………………. rambutan dari kebunnya.
Kakak membeli ketiga-tiga……………………..kain batik yang ditunjukkan oleh penjual tadi.
Dua……………………… bunga ros yang dimasukkan ke dalam pasu bunga itu telah layu.
Kakak membeli beberapa………………..rantai emas putih dari kedai Raju.
Tiga ………………pistol digunakan dalam rompakan itu

Soalan 21 hingga 30
Bina ayat daripada perkataan-perkataan yang diberikan.

menanam: ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ……..
mendenda:
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
membincangkan: ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
berlari: ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
makanan:
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
melukis: ………………………………………………………………………………………



mempertahankan:
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
menderma:
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
terjumpa: ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
terlihat:
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Soalan 31 hingga 40

Susun semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi ayat-ayat yang betul.

sedang memberi rawatan ibu Doktor kepada.
…………………………………………………………………………………..
menyediakan Farah kopi untuk tetamu.
……………………………………………………………………………………
suka dan berbasikal Abu Lim.
………………………………………………………………………………………..
34. Ah Moi masakkan Melayu suka dan Ravi.
………………………………………………………………………………………..
permainan catur johan dalam berjaya menjadi Raju
…………………………………………………………………………………………
sakit berkerja kerana dapat tidak Ayah
………………………………………………………………………………………….
doktor dan kakak Abang sebagai saya berkerja
…………………………………………………………………………………………..
balai polis dengan terletak berhampiran saya Sekolah
…………………………………………………………………………………………..
39.hari Ahad Setiap kami sekeluarga akan bersenam.
…………………………………………………………………………………………..
40. telah mati ditembak itu Perompak
…………………………………………………………………………………………..


Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh
(………………………..) (………………………) (………………………..)
Mohd.Masri Bin Ramli Pn.Faridah Hanim Pn. Wu Siew Yong
Guru Bahasa Melayu Penyelaras Bahasa Melayu Guru Kanan Bahasa

Sunday, May 2, 2010

Panduan Menulis Karangan

KARANGAN BERPANDU

1. Pengenalan
a) Karangan berpandu membawa 20 markah.
b) Masa yang dicadangkan ialah 25 minit.
c) Karangan berpandu bermaksud bahan untuk menulis karangan telah disediakan seperti
gambar tunggal, bersiri, atau jadual dan calon diminta menulis karangan berdasarkan
maklumat yang diberi.
d) Kepanjangan karangan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

2. Cara Menjawab
a) Baca kata kunci soalan untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh soalan. Kata kunci
merupakan tema atau kehendak soalan.
b) Calon digalakkan menjawab soalan ini dahulu sebelum menulis karangan di Bahagian C.
c) Sebelum menjawab, perhatikan dengan teliti maklumat yang diberi. Jika soalan meminta
menulis ucapan atau laporan, pastikan calon mengikut format karangan tersebut.
d) Tulis karangan berdasarkan maklumat yang diberi. Jangan ada maklumat yang tertinggal.
e) Calon dicadangkan menulis sekitar tiga isi. Hal ini bermakna, keseluruhan karangan sebanyak lima perenggan (termasuk pendahuluan dan penutup).
f) Idea sendiri berupa cadangan boleh dimasukkan di dalam bahagian penutup.
g) Digalakkan meletakkan peribahasa atau kata-kata hikmat.

3. Teknik Memperoleh Markah Cemerlang
a) Penggunaan kata dan ayat yang gramatis.
b) Ejaan dan tanda baca perlu betul.
c) Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata.
d) Idea yang relevan berdasarkan tajuk yang diberi.
e) Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan, dan kesimpulan sesuai dan berkembang.
f) Pengolahan yang menarik.
g) Penggunaan frasa atau ayat yang indah serta peribahasa atau kata-kata hikmat amat digalakkan.
KARANGAN UMUM
1. Keperluan PMR
a) Soalan berkaitan karangan akan diajukan dalam, Kertas Bahasa Melayu 2, Bahagian C.
b) Soalan ini mengandungi lima soalan dan anda diminta memilih salah satu daripada tajuk tersebut.
c) Calon diminta menulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 180 patah perkataan dalam tempoh 45 minit.
d) Karangan umum membawa 40 markah.

2. Bentuk dan jenis karangan PMR
a) Pada umumnya, terdapat dua bentuk karangan, iaitu karangan berformat khusus dan karangan berformat umum.
b) Karangan berformat khusus seperti surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, laporan, ucapan/syarahan/ceramah/ perbahasan, wawancara, ulasan, dan rencana. Jika tidak mematuhl format yang ditetapkan, calon akan kehilangan tiga markah.

3. Persediaan awal sebelum menulis karangan
a) Sebagai persediaan awal, calon perlu mengemaskinikan pengetahuan tentang isu-isu semasa, sama ada menerusi akhbar, majalah, televisyen, mahupun Internet.
b) Sejak dari tingkatan satu lagi, calon sewajarnya sudah menyediakan fail berdasarkan sesuatu topik dan calon boleh memasukkan ke dalam fail tersebut setiap kali memperoleh maklumat berkaitan. Topik yang perlu diketahui ialah pendidikan, kemasyarakatan, sains dan teknologi, akhlak dan disiplin remaja, clam sekitar, kesihatan, kebudayaan dan pelancongan, dan perindustrian.
c) Calon juga perlu menguasai asas­asas penulisan supaya hasil penulisan mengandungi fakta yang kukuh dan terlihat akan kematangan. menulis.

4. Strategi menulis karangan
(a) Memilih Soalan yang Tepat
i. Soalan yang hendak ditulis bersesuaian dengan pengetahuan, pemahaman, dan keupayaan calon agar karangan yang ditulis tepat, padat, dan. bernas.
ii. Calon perlu memahami kehendak soalan dengan mencari kata kunci pada setiap soalan, contohnya, bincangkan, bahaskan, berikan pendapat, ceritakan, gambarkan, huraikan, dan ulaskan.
iii. Setiap kata kunci yang ditemui, perlu digaris agar kehendak soalan difahami.
(b) Menyediakan Rangka Karangan
i. Bahan yang diperoleh jangan terus di­tulis. Catatkan dalam kertas, kemudian susun; isi yang penting didahulu, kemudian cari contoh yang berkaitan bagi memantapkan isi tersebut.
ii. Aspek bahasa perlu diberi perhatian, termasuklah aspek tatabahasa, ejaan, tanda baca, perenggan, dan pemilihan kata yang tepat.
(c) Perenggan Pendahuluan
i. Perenggan pendahuluan mestilah berdasarkan rangka pendahuluan yang disediakan.
ii. Perenggan pendahuluan amat penting untuk menarik perhatian pemeriksa untuk terus membacanya.
(d) Perenggan Isi
i. Setiap isi perlu ditulis dalam sebuah perenggan. Untuk memantapkan isi, perlu ada huraian dan contoh yang bersesuaian. Faktor lain seperti maklumat tambahan, ulasan, dan memberi kesimpulan boleh dimasuk­kan dalam perenggan isi.
ii. Setiap isi perlu ada wacana yang bersesuaian agar keterangan setiap isi tidak terputus dan dapat memperlihatkan kesatuan idea yang mantap.
(e) Perenggan Penutup
i. Penutup perenggan berupa kesimpulan, di samping pendirian tentang sesuatu tajuk.
ii. Kesimpulan mestilah padat dan sama panjang dengan pendahuluan dan isi.

5. Ciri-ciri karangan cemerlang
(a) Isi
i. Mencukupi dan berkembang iaitu sekurang-kurang 4/5 isi.
ii. Isi dikembangkan dalam 3/4 ayat.
iii. Isi diikuti dengan contoh bukti.
iv. Isi dan huraian 40-50 patah perkataan.
(b) Bahasa
i. Amat memuaskan dan lancar.
ii. Ayat-ayat yang bertenaga.
iii. Ayat-ayat yang jelas dan tidak berbelit­-belit dari segi strukturnya.
iv. Ayat-ayat yang ada kaitan dengan isi.
v. Ayat-ayat menggunakan bahasa indah.
(c) Pengolahan
i. Penyusunan isi dan ayat menarik.
ii. Memulakan karangan dengan isu yang merangsangkan, contoh isu yang menggemparkan atau data yang terkini.
iii. Bentuk huraian yang pelbagai; deduktif, induktif, dan gabungan.
iv. Huraian penutup yang mantap dan mempunyai pendirian.

6. Menyemak karangan
a) Sebelum menyerahkan karangan kepada pemeriksa, calon perlulah menyemak karangan tersebut terlebih dahulu.
b) Pastikan tiada isi-isi penting tertinggal dan penggunaan penanda wacana yang bersesuaian.
c) Semak aspek bahasa yang meliputi tatabahasa, ejaan, tanda baca, dan penggunaan kata yang tepat.

7 Pemarkahan karangan
a) Untuk pengetahuan calon, sebelum pemeriksaan dibuat, pemeriksa diarahkan agar membaca karangan sekah lalu untuk mendapat kesan (impression) terhadap karangan tersebut.
b) Kemudian pemeriksa akan menilai dan menganggarkan peringkat karangan berkenaan sama ada dimasukkan ke peringkat A, B, C, D, atau E. Perkara yang diperhatikan semasa membuat pertimbangan ialah bahasa, isi, dan penyampaian.
c) Walaupun calon diminta menulis tiga isi dengan kepanjangan sekitar 180 patah perkataan, tetapi kebiasaannya calon yang memperoleh A adalah calon yang menyertakan lima isi dengan kepan­jangan tidak kurang daripada 360 patah perkataan.
d) Calon digalakkan menulis karangan yang panjang, asal sahaja ticlak melebihi masa yang ditetapkan.




8. Pemotongan markah
a) Ejaan setengah (1/2) markah dipotong bagi setiap ejaan yang salah tetapi tiada potongan pada kesalahan yang berulang. Potongan keseluruhan dua markah. Ejaan henclaklah menggunakan sistem Ejaan Rumi/Jawi Malaysia sepenuhnya.
b) Bagi yang tidak mengikut format yang ditetapkan, sebanyak tiga markah akan ditolak.

Saturday, May 1, 2010

Pantun

BIMBINGAN BERKARYA - PANTUN

PENGENALAN

Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.
Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait.
Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat.
Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.
Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:

Sebab pulut santan terasa, Sebab mulut badan binasa.

Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.
Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

KANDUNGAN PANTUN MELAYU

Pembayang atau sampiran

Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.

Maksud atau isi

Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).

Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.

Suku kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
Rima
Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.

Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik :
Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/, Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/, Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/, A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.

CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK
Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
mengandungi 4 kerat/baris
jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

JENIS-JENIS PANTUN

Pantun 2 kerat
Pantun 4 kerat (jenis paling popular)
Pantun 6 kerat
Pantun 8 kerat
Pantun 10 kerat
Pantun 12 kerat
Pantun 14 kerat
Pantun berkait

FUNGSI PANTUN
Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan
Sindiran atau tempelak
Melepaskan rindu dan kasih sayang
Menyatakan penghargaan/terima kasih
Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran
Hiburan atau jenaka

DI MANA ORANG BERPANTUN?
Majlis pertunangan dan perkahwinan
Teks pengacara/juruacara dan ucapan dalam majlis rasmi
Pertandingan berbalas pantun
Alunan lagu rakyat - Lagu Kanak-kanak - Lagu-lagu Asli - Dikir Barat dan Lain-lain: