Saturday, May 8, 2010

Tingkatan Peralihan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
KELAS PERALIHAN
BAHASA MELAYU
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2003
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
KELAS PERALIHAN
BAHASA MELAYU
2003
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
RUKUN NEGARA i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ii
KATA PENGANTAR iii
PENDAHULUAN 1
MATLAMAT 2
OBJEKTIF 2
ORGANISASI KANDUNGAN 3
SISTEM BAHASA 6
PENGISIAN KURIKULUM 10
PENERANGAN TENTANG HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 13
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 16
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 19
KEMAHIRAN MEMBACA 48
KEMAHIRAN MENULIS 62
i
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat
yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
iii
KATA PENGANTAR
Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang
memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk
memenuhi cita-cita murni dan semangat Faisafah Pendidikan
Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus
globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada
abad ke-21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang merakumi pelbagai aktiviti dan
penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti
untuk memilih, menyusun, dan mengolah aktiviti mengikut
kesesuaian murid. Huraian ini diharapkan dapat membantu
guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan.
Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru
diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai
tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar,
kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran
secara konstruktivisme, dan pembelajaran secara kontekstual.
Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan
kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini
diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan
boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia
pekerjaan.
Huraian Sukatan pelajaran ini menjelaskan hasil pembelajaran
yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan
masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara
eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap
keupayaan murid. Hasil pembelajaran diperingkan kepada tiga
aras, iaitu Aras 1(aras asas), Aras 2 (aras sederhana), dan
Aras 3 (aras cemerlang).
Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas
Peralihan memberi penekanan pada kemahiran bahasa dan
hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Di
samping itu, aspek strategi pengajaran yang mengambil kira
penggabungjalinan dan penyerapan ilmu turut diberi
penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dan
di luar bilik darjah. Huraian ini seharusnya dapat membantu
guru merencanakan suatu pengajaran dan pembelajaran yang
lebih kreatif, berkesan dan bermakna.
Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran yang
disemak semula ini banyak pihak yang terlibat terutama guru,
pensyarah maktab dan universiti, pegawai Kementerian
Pendidikan, dan individu yang mewakili badan-badan tertentu.
Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan
kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya dokumen
ini, Kementerian Pendidikan merakamkan ucapan setinggitinggi
penghargaan dan terima kasih.
( Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BT. SYED ZAIN )
Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
1
PENDAHULUAN
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah sebagai mata
pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
perpaduan rakyat di Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal
budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh
semua rakyat dalam satu wawasan.
Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai
kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu
mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu memberikan penekanan pada kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Di samping itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan ini mengandungi 3 lajur, iaitu lajur
hasil pembelajaran, lajur huraian hasil pembelajaran dan lajur cadangan aktiviti/nota. Lajur hasil pembelajaran menggariskan
pernyataan hasil pembelajaran dan kemahiran yang perlu dicapai oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini.
Lajur huraian hasil pembelajaran memperincikan kemahiran berbahasa kepada 3 aras pembelajaran, iaitu Aras 1, Aras 2, dan Aras 3
yang perlu dikuasai oleh murid. Aras 1 ialah aras asas. Aras 2 ialah aras sederhana dan Aras 3 ialah aras cemerlang. Semua murid
perlu menguasai Aras 1, seterusnya murid dikehendaki menguasai Aras 2 dan Aras 3 yang lebih mencabar. Lajur cadangan aktiviti/nota
menyediakan contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebagai panduan kepada guru. Aktiviti yang disenaraikan hanyalah
cadangan bagi aras-aras tertentu yang terdapat dalam huraian sukatan pelajaran ini. Cadangan aktiviti yang disenaraikan tidak mampu
mencakupi keperluan bagi setiap situasi pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, penting bagi setiap guru memilih dan menyesuaikan
cadangan aktiviti dengan profil murid dan keadaan setempat. Guru juga disarankan menggunakan pelbagai teknik atau aktiviti yang
bersesuaian dengan tahap kemampuan murid.
Huraian Sukatan Pelajaran ini mengandungi Matlamat, Objektif, dan Organisasi Kandungan. Organisasi Kandungan merangkumi
Kemahiran Bahasa, Sistem Bahasa, Hasil Pembelajaran, dan Pengisian Kurikulum.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
2
MATLAMAT
Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan
berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri untuk memperoleh ilmu dan pengetahuan, perhubungan sosial, dan urusan harian.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan murid dapat:
i. mendengar dengan teliti serta memahami dan menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;
ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi untuk menjalinkan hubungan sosial
dan berurusan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;
iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang
sesuatu perkara;
iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera dengan menggunakan teknik membaca yang berkesan untuk memahami,
memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;
v. menyemai budaya membaca sebagai satu amalan dalam kehidupan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;
vi. melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kritis dan kreatif serta berkesan dalam pelbagai situasi;
vii. memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis;
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
3
viii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran
menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;
ix. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis;
x. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan
xi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara.
ORGANISASI KANDUNGAN
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan digubal dengan memberi fokus pada hasil pembelajaran yang perlu dikuasai
oleh murid. Hasil pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Hasil
pembelajaran menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa dan disokong oleh elemen pengisian kurikulum.
Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini meliputi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan
Pengisian Kurikulum. Semua perkara ini dinyatakan di bawah:
Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras kepada
penguasaan bahasa baku.
Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam
pelbagai situasi pengucapan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
4
Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan
kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada penggunaan pengucapan
yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.
Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul.
Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai
teknik membaca.
Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan
ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang
betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan
penulisan bahan ilmu dan imaginatif. Bagi menghasilkan penulisan mencakup jenis karangan keperihalan, fakta dan cereka yang
panjang minimumnya 80 patah perkataan.
Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik. Bentuk
prosa, puisi dan grafik yang dicadangkan bagi pendidikan Bahasa Melayu Kelas Peralihan adalah seperti yang berikut;
Prosa :
􀁸􀀃 pesanan, pengumuman, berita, rencana, laporan, ucapan, temu ramah, dan surat.
􀁸􀀃 cerpen, novel, dan drama
Puisi :
􀁸􀀃 pantun, syair, dan sajak
Grafik :
􀁸􀀃 borang, jadual, peta, rajah, dan gambar
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
5
Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan
petunjuk yang jelas tentang apa yang boleh dicapai oleh murid. Oleh itu, hasil pembelajaran memerlukan pendekatan yang berfokus
pada gaya pembelajaran murid. Justeru, hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur
pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, hasil pembelajaran dapat dicapai
dengan menggabungjalinkan kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus pada gaya
pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, hasil pembelajaran juga membantu
dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.
Sistem Bahasa
Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, kosa kata, peribahasa, ejaan, dan sebutan dan intonasi. Perlaksanaan sistem bahasa
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku.
Pengisian Kurikulum
Pengisian kurikulum terdiri daripada elemen yang mencantumkan perkembangan terkini dalam pendidikan meliputi aspek ilmu, nilai,
kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara konstruktivisme, dan
pembelajaran secara kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam hidupan harian dan alam pekerjaan. Di
samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberikan penekanan selaras dengan matlamat negara untuk
membangunkan masyarakat madani.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
6
SISTEM BAHASA
Sistem bahasa berfokus pada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.
Penerangan ringkas bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.
1.0 Tatabahasa
Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan
berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.
1.1 Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan
bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit
tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain
dalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberikan tumpuan ialah:
a. Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi:
i. kata asli bahasa Melayu
ii. kata terbitan bahasa Melayu
b. Bentuk kata terdiri daripada:
i. kata tunggal
ii. kata terbitan
iii. kata ganda
iv. kata majmuk
􀁸􀀃 Proses pembentukan kata meliputi:
i. pengimbuhan
ii. penggandaan
iii. pemajmukan
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
7
Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata di atas, yang amat kompleks ialah pengimbuhan. Oleh itu,
penekanan hendaklah diberikan pada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna,
termasuk aspek baru dalam proses pengimbuhan.
c. Golongan kata terdiri daripada:
i. kata nama
ii. kata kerja
iii. kata adjektif
iv. kata tugas
1.2 Sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang
sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan ialah:
a. Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan
predikat
b. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan
c. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif
d. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang
e. Binaan ayat:
i. ayat dasar
ii. ayat tunggal
iii. ayat terbitan atau ayat majmuk
f. Proses penerbitan ayat:
i. konsep ayat terbitan
ii. proses pengguguran
iii. proses penyusunan semula
iv. proses peluasan
g. Aspek tanda baca
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
8
2.0 Sistem Ejaan
Perkara yang ditekankan ialah:
a. pola keselarasan huruf vokal
b. ejaan kata pinjaman
c. ejaan kata dasar dan kata terbitan
3.0 Sebutan dan Intonasi
Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya
murid dapat menyampaikan sesuatu maksud dengan tepat.
a. Sebutan
Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di
sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.
b. Intonasi
Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola ayat yang berikut:
i. ayat penyata
ii. ayat tanya
iii. ayat perintah
iv. ayat seruan
v. ayat terbalik atau ayat songsang
vi. ayat aktif
vii. ayat pasif
Pola intonasi bagi ayat yang panjang juga perlu diajarkan agar murid dapat menyampaikan maksud dengan jelas.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
9
4.0 Kosa kata
Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembang agar
murid dapat mengungkapkan maklumat dan buah fikiran selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat
sekolah menengah.
5.0 Peribahasa
Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, dan kata hikmat yang perlu diajarkan
dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni
masyarakat Malaysia.
Nota:
􀁸􀀃 Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Edisi 1993) ialah buku tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
􀁸􀀃 Buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (Edisi 2001) ialah buku panduan ejaan yang menjadi rujukan dalam pembelajaran
dan pengajaran.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
10
PENGISIAN KURIKULUM
Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu pengetahuan daripada pelbagai bidang ilmu, nilai, peraturan
sosiobudaya, kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa
depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara konstruktivisme, dan pembelajaran secara kontekstual.
.
1.0 Ilmu
Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu sains, geografi dan lain-lain yang boleh digunakan untuk
memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh
dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.0 Nilai
Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia.
Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan
berperibadi mulia, Kepentingan dan pemahaman bahawa Malaysia adalah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara
langsung dan tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan
keperluan globalisasi.
3.0 Kewarganegaraan
Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan penekanan pada
pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan
warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.
4.0 Peraturan Sosiobudaya
Peraturan sosiobudaya dalam pembelajaran Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa, dan peribahasa.
Peraturan ini juga merangkumi nilai murni masyarakat Malaysia.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
11
5.0 Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah yang sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar
murid serta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar
memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran
berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, dan kecerdasan
pelbagai pembelajaran secara konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual.. Penerangan ringkas tentang kemahiran bernilai
tambah dinyatakan di bawah.
5.1 Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif
dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan
idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada
masa depan.
5.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh menggunakan
komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam
menyempurnakan tugasan harian, dan memperoleh maklumat daripada internet.
5.3 Kemahiran Belajar Cara Belajar
Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang
berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk
menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
12
5.4 Kajian Masa Depan
Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk membolehkan murid menyedari sesuatu isu atau
permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat
ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.
5.5 Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan pelbagai merangkumi vebal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, ruang, interpersonal, intrapersonal,
dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran
yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan
yang berbeza.
5.6 Pembelajaran Secara Konstruktivisme
Pembelajaran secara konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan
pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan
murid lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.
5.7 Pembelajaran Secara Kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi pelajaran dengan pengalaman
harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang
pelbagai, secara konkrit serta melibatkan latihan amal, dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya
menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevenan pembelajaran dengan kehidupan
mereka.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
13
PENERANGAN TENTANG HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu menekankan kemahiran bahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca,
dan menulis. Kemahiran bahasa menjadi asas pada hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Kelas Peralihan dipersembahkan dalam tiga lajur, iaitu lajur hasil pembelajaran, huraian hasil pembelajaran, dan cadangan
aktiviti/nota. Selain itu, huraian juga menyenaraikan sejumlah hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Setiap hasil
pembelajaran dinyatakan dalam bentuk penomboran bagi setiap kemahiran bahasa. Penomboran hasil pembelajaran adalah seperti
yang berikut:
Penomboran Hasil Pembelajaran
1.0 1.1, 1.2, 1.3, 1.4, 1.5, 1.6, 1.7
2.0 2.1, 2.2, 2.3
3.0 3.1, 3.2, 3.3,
Kemahiran Mendengar dan
Bertutur
4.0 4.1, 4.2, 4.3, 4.4,
Penomboran Hasil Pembelajaran
5.0 5.1, 5.2,
6.0 6.1, 6.2, 6.3, 6.4, 6.5
Kemahiran Membaca
7.0 7.1, 7.2, 7.3
Penomboran Hasil Pembelajaran
8.0 8.1, 8.2, 8.3, 8.4, 8.5
9.0 9.1, 9.2, 9.3,
10.0 10.1, 10.2, 10.3,
Kemahiran Menulis
11.0 11.1, 11.2, 11.3, 11.4
Selain daripada penomboran bagi hasil pembelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan dipaparkan dalam
bentuk lajur tertentu. Lajur pertama ialah penyataan hasil pelajaran yang hendak dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran . Lajur
kedua ialah huraian hasil pembelajaran dan lajur ketiga ialah lajur cadeangan aktiviti/nota.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
14
Lajur 1: Hasil Pembelajaran
Lajur ini merupakan pernyataan yang hendak dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Lajur 2: Huraian Hasil Pembelajaran.
Lajur ini memberikan perincian kepada hasil pembelajaran pada Lajur 1 perincian ini dibahagikan kepada tiga aras iaitu:
Aras 3 Aras Cemerlang. Murid yang cemerlang berupaya menguasai Aras 3.
Aras 2 Aras sederhana. Murid yang telah menguasai Aras 2 boleh meneruskan pembelajaran Aras 3.
Aras 1 Aras asas. Murid yang telah menguasai Aras 1 boleh meneruskan pembelajaran Aras 2 dan Aras 3.
Rasional penentuan aras ialah tahap keupayaan murid berbeza-beza. Penentuan aras membolehkan murid yang cemerlang terus
maju tanpa mengabaikan murid pencapaian rendah.
Lajur 3: Cadangan Aktiviti/ Nota.
Cadangan aktiviti yang berikut dengan pernyataan aras pada Lajur 2 diberikan dalam Lajur 3. Beberapa maklumat yang berkaitan
dengan panduan pengajaran serta sumber yang perlu digunakan dalam penyampaian dan aktiviti yang dicadangkan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
15
Contoh paparan huraian sukatan pelajaran:
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota
1.0 Berinteraksi dengan keluarga,
rakan sebaya, dan pihak lain
dalam situasi formal dan tidak
formal.
1.1 Berbual dan menyatakan
sesuatu perkara berkaitan
kehidupan seharian dengan
menggunakan kata,
ungkapan, ayat, sebutan,
dan intonasi yang sesuai
Aras 1
i. Berbual mengenai sesuatu
perkara dengan menggunakan
kata dan sebutan yang betul
ii. Menyapa dan memberi ucapan
selamat.
iii. Memberikan ucapan
penghargaan.
􀁸􀀃 Berbual dengan rakan sekelas mengenai
latar belakang diri.
Contoh: nama, tempat tinggal, keluarga.
􀁸􀀃 Berbual dalam memberi ucapan selamat.
Contoh: Murid: “Selamat sejahtera cikgu”
􀁸􀀃 Memberi ucapan penghargaan seperti
syabas, hebat dan tahniah kepada rakan
tentang kejayaan diri, keluarga atau
masyarakatnya.
Contoh:
“Syabas atas kejayaan anda!”
“Hebat, persembahan anda.”
“Tahniah atas keputusan yang cemerlang.”
Nota: Latih tubi ungkapan penghargaan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
16
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pendekatan Berpusatkan Pelajar
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu haruslah berpusatkan pelajar bagi membolehkan mereka
berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, pelajar dapat membina keyakinan berbahasa.
Kepelbagaian Teknik
Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan
dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan pelajar. Keberkesanan pengajaran bergantung pada
pengolahan teknik dan penggunaan bahan alat bantu dan teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan pelajar berfikir secara
kritis dan kreatif, berkomunikasi dan berinteraksi.
Kepelbagaian Sumber Bahan
Penggunaan perpustakaan, pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, internet serta bahan sastera dan bukan sastera hendaklah
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan luas.
Penggunaan Tatabahasa Yang Tepat
Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah menekankan penggunaan tatabahasa mengikut kemampuan pelajar. Untuk mencapai
tujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam
pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Bacaan Luas
Bacaan luas memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi
meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus membaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Melayu dengan
menggunakan bahan-bahan ilmiah dan sastera. Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara serapan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
17
PENEKANAN KONSEP 5P
Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu menekankan konsep penggabungjalinan, pengayaan, penyerapan, pemulihan,
dan penilaian. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Konsep 5P diperincikan
seperti yang berikut:
a. Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa
kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat
digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.
b. Penyerapan
Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran
secara konstruktivisme, dan pembelajaran secara kontekstual. Boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu
dalam mata pelajaran.
c. Pengayaan
Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah kerana murid berbeza-beza dari
segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklah diberi bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian
atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid
yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
18
d. Pemulihan
Program Pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh
yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain bahan yang
boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini mengikut
kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
e. Penilaian
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan aktiviti untuk
mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu,
penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan
dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan
atau pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
19
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Kemahiran mendengar dan bertutur merujuk kepada keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan
ditutur dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada dalam perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran ini
bertujuan untuk menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat membincangkan topiktopik
yang lebih mencabar. Semua perbualan harus mengambil kira aspek sosiobudaya dan tatasusila untuk
menjamin kesejahteraan hubungan. Hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur ialah
i) berinteraksi, ii) bercerita, iii) menyampaikan maklumat, dan iv) berbincang.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
20
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
1.0 Berinteraksi dengan keluarga,
rakan sebaya, dan pihak lain
dalam situasi formal dan tidak
formal
1.1 Berbual dan menyatakan
tentang sesuatu perkara
berkaitan kehidupan seharian
dengan menggunakan kata,
ungkapan, ayat, sebutan, dan
intonasi yang sesuai.
Aras 1
i. Berbual mengenai sesuatu perkara
dengan menggunakan kata dan
sebutan yang betul.
ii. Menyapa dan memberi ucapan
selamat.
iii. Memberikan ucapan penghargaan.
􀁸􀀃 Berbual dengan rakan sekelas mengenai
latar belakang diri.
Contoh:
nama, tempat tinggal, keluarga.
􀁸􀀃 Berbual dan memberi ucapan selamat.
Contoh:
Murid: ”Selamat sejahtera cikgu.”
􀁸􀀃 Memberi ucapan penghargaan seperti
syabas, hebat dan tahniah kepada rakan
tentang kejayaan diri, keluarga atau
masyarakatnya.
Contoh:
“Syabas atas kejayaan anda!”
“Hebat, persembahan anda.”
“Tahniah atas keputusan yang cemerlang.”
Nota: Latih tubi ungkapan penghargaan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
21
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
Aras 2
i. Menggunakan kata panggilan dan
kata gelaran.
􀁸􀀃 Melakonkan aksi memberi buku atur cara
majlis kepada tetamu dengan menggunakan
kata panggilan dan kata gelaran yang
sesuai seperti encik, tuan, puan, pakcik,
makcik, cik, Datuk, Dato’, Datin
Contoh:
i. Murid : “Encik, sila ambil buku atur cara
ini.”
Tetamu : “Terima kasih.”
ii. Murid : “Yang berhormat, Datuk izinkan
saya …”
Aras 3
i. Memberikan dan menerima teguran
dengan hati terbuka dengan
menggunakan ayat dan intonasi
yang sesuai.
􀁸􀀃 Dialog memberikan dan menerima teguran
dengan reaksi yang positif.
Contoh:
i) Murid A : “ Minta maaf, jangan
buang sampah di sini
kerana mengotorkan.”
Murid B : “Terima kasih kerana
mengingatkan saya.”
ii) Murid A : “Janganlah bising.”
Murid B : “ Baiklah, maafkan saya.”
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
22
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
1.0 Berinteraksi dengan keluarga,
rakan sebaya, dan pihak lain
dalam situasi formal dan tidak
formal
1.2 Bertanya dan menjawab
tentang sesuatu perkara
secara bertatasusila.
Aras 1
i. Mendengar untuk mendapatkan
maklumat.
ii. Menjawab dengan memberikan
penerangan sebagai maklum
balas.
iii. Mengemukakan soalan aras
rendah
􀁸􀀃 Menceritakan semula cerita yang didengar
daripada pita rakaman.
􀁸􀀃 Memberikan maklum balas terhadap cerita
yang didengar.
Nota: menjawab soalan-soalan yang
berkaitan nilai murni.
􀁸􀀃 Menyoal rakan dalam perbualan.
Contoh:
“Apa yang kamu lakukan selepas itu?”
Aras 2
i. Mengemukakan pelbagai soalan
aras rendah.
􀁸􀀃 Menyoal rakan secara berpasangan
dengan mengemukakan soalan aras
rendah berdasarkan cerita yang didengar.
Contoh:
apa, siapa, bila, di mana
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
23
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
Aras 3
i. Bersoal jawab untuk membuat
keputusan.
􀁸􀀃 Mendengar satu cerita yang berunsur
penyelesaian masalah dan bersoal jawab
untuk membuat keputusan.
Contoh:
Tajuk cerita : Gagak dan takar air.
Bagaimana gagak yang kehausan dapat
minum air dalam takar?
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
24
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
1.0 Berinteraksi dengan keluarga,
rakan sebaya, dan pihak lain
dalam situasi formal dan tidak
formal
1.3 Memberi dan memahami
arahan serta pesanan tentang
sesuatu perkara.
.
Aras 1
i. Menyatakan arahan dan pesanan
tentang sesuatu perkara dengan
intonasi yang betul dan bersopan.
􀁸􀀃 Menyampaikan arahan dan pesanan guru
kepada rakan sekelas.
Contoh:
Guru: Anda hendaklah memberitahu murid
yang terlibat dalam perkhemahan
pada hujung minggu ini supaya
membawa bekalan makanan dan
peralatan perkhemahan.
Murid: Baiklah cikgu, saya akan sampaikan
pesan ini.
Aras 2
i. Meneliti dan melaksanakan arahan
serta pesanan untuk membuat
tindakan dengan tepat dan
terancang.
􀁸􀀃 Berbincang dalam kumpulan mengenai
arahan dan pesanan yang diberikan oleh
guru.
Contoh:
Menentukan jenis makanan dan peralatan
perkhemahan yang akan dibawa.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
25
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
Aras 3
i. Mentafsir arahan dan pesanan untuk
menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.
􀁸􀀃 Mentafsir arahan dan pesanan yang telah
dibincangkan dalam kumpulan untuk
membuat keputusan.
Contoh:
Menentukan kuantiti makanan dan peralatan
perkhemahan yang diperlukan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
26
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
1.0 Berinteraksi dengan keluarga,
rakan sebaya, dan pihak lain
dalam situasi formal dan tidak
formal
1.4 Mengemukakan idea dan
memberikan pandangan
tentang perkara yang
dibualkan.
Aras 1
i. Menyatakan idea dan pandangan
tentang sesuatu perkara yang
diperkatakan.
􀁸􀀃 Menerangkan tentang sesuatu perkara
yang terdapat dalam gambar
menggunakan laras bahasa yang sesuai
dan bertatasusila.
Contoh:
Kita perlu prihatin terhadap warga tua
kerana mereka telah banyak berjasa dan
berkorban untuk kita.
Aras 2
i. Menyatakan idea dan pandangan
dengan alasan tentang perkara
yang diperkatakan.
􀁸􀀃 Menjelaskan idea tentang sesuatu perkara
yang diperkatakan.
Contoh:
Hubungan erat antara polis dengan
sekolah perlu ditingkatkan kerana dapat
mengatasi masalah jenayah di kalangan
murid.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
27
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
Aras 3
i. Menyatakan idea dan pandangan
dengan bukti yang relevan tentang
perkara yang diperkatakan.
􀁸􀀃 Menghuraikan idea dan pandangan dengan
data yang relevan tentang perkara yang
diperkatakan.
Contoh:
Kerajaan patut membina lebih banyak
rumah kos rendah di Kuala Lumpur bagi
mengatasi masalah setinggan kerana
penghuninya melebihi 2 juta orang.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
28
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
1.0 Berinteraksi dengan keluarga,
rakan sebaya, dan pihak lain
dalam situasi formal dan tidak
formal
1.5 Memberikan penjelasan
tentang sesuatu perkara yang
tersurat dan tersirat dengan
menggunakan kata, ungkapan
dan ayat yang sesuai.
Aras 1
i. Mentafsir dan menjelaskan maksud
gerak badan dan mimik muka yang
ditunjukkan.
􀁸􀀃 Meneka maksud aksi gerak badan dan
mimik muka
Contoh:
Mimik muka yang menggambarkan
kegembiraan atau kesedihan.
Aras 2
i. Mendengar perbezaan intonasi
dalam perbualan untuk menjelaskan
kelainan maksud dalam ayat.
􀁸􀀃 Menjelaskan perbezaan intonasi ayat
yang digunakan dalam dialog ringkas.
Contoh:
Ali sedang minum air. (ayat penyata)
Ali sedang minum air? (ayat tanya)
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
29
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
Aras 3
i. Menyatakan maksud tersirat, kata,
rangkai kata dan ayat dalam
perbualan.
􀁸􀀃 Menyatakan maksud peribahasa yang
terdapat dalam perbualan.
Contoh:
i. Guru: Tulisan awak macam cakar
ayam.
Murid B : Maksud cikgu, tulisan saya
sukar dibaca?
ii. Guru : “Kayuhlah basikal itu lajulaju
lagi dalam kawasan sekolah.
(maksud tersirat yang hendak
disampaikan oleh guru ialah melarang
murid daripada mengayuh basikal dengan
laju di kawasan sekolah)
Nota: penggunaan peribahasa boleh
didedahkan kepada murid :
- bahasa kiasan
- bidalan
- simpulan bahasa
- perumpamaan
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
30
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
1.0 Berinteraksi dengan keluarga,
rakan sebaya, dan pihak lain
dalam situasi formal dan tidak
formal
1.6 Menyatakan permintaan
secara berterus terang dan
meyakinkan dengan
menggunakan intonasi dan
paralinguistik yang sesuai
untuk menguatkan
permintaan.
Aras 1
i. Menyatakan sesuatu permintaan
dengan memberikan alasan yang
kukuh secara sopan.
􀁸􀀃 Mengenal pasti tempat-tempat
pelancongan di Malaysia melalui brosur
pelancongan dan menyatakan permintaan
untuk melawat tempat tersebut dengan
alasan yang kukuh.
Contoh:
Kami telah mempelajari tentang zaman
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Justeru, kami ingin melawat dan melihat
kesan sejarahnya.
Aras 2
i. Mengemukakan permintaan yang
jelas dengan memberikan maklumat
yang relevan.
􀁸􀀃 Mengemukakan beberapa keistimewaan
destinasi lawatan yang dipilih.
Contoh:
Tolong bawa kami bercuti ke air terjun
Lata Kinjang, di Perak kerana terdapat
banyak keistimewaannya seperti tempat
rekreasi, air terjun yang tinggi dan
berhampiran dengan pusat peranginan
Cameron Highland, di Pahang.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
31
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
Aras 3
i. Mengemukakan hasrat dengan
memberi pertimbangan semua
aspek secara sopan.
􀁸􀀃 Berbincang untuk menyatakan hasrat dan
membuat keputusan pemilihan destinasi
dengan mengambil kira semua faktor.
Contoh:
Kami tertarik mendengar cerita ketakjuban
Gua Mulu, Sarawak dan ingin tahu cara
mudah untuk melancong ke sana.
Nota: Meminta dengan penuh ekspresi.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
32
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
1.0 Berinteraksi dengan keluarga,
rakan sebaya, dan pihak lain
dalam situasi formal dan tidak
formal
1.7 Menyatakan sesuatu
kemahuan semasa
menjalankan transaksi dalam
urusan harian untuk
mendapatkan barangan dan
perkhidmatan.
Aras 1
i. Menyatakan kata dan ungkapan
yang sesuai untuk mendapatkan
barangan dan perkhidmatan.
􀁸􀀃 Berlakon secara spontan situasi ketika
berurusan di kedai buku sekolah.
Contoh:
“Encik, saya hendak membeli sekotak
pensil warna.”
Aras 2
i. Mengemukakan ayat yang sesuai
untuk mendapatkan barangan dan
perkhidmatan.
􀁸􀀃 Melakukan main peranan antara doktor
dan pesakit.
Contoh:
Doktor : Awak sakit apa?
Pesakit : Saya demam. Saya memerlukan
rawatan.
Aras 3
i. Mengemukakan ayat dan laras
bahasa yang sesuai untuk
mendapatkan barangan dan
perkhidmatan.
􀁸􀀃 Melakukan main peranan di kaunter pos,
perbualan antara pengguna dengan
kerani di kaunter berhubung urusan
mengirim barangan dan perkhidmatan.
Contoh:
“Saya ingin mengeposkan barang ini ke
Melaka. Berapakah bayaran perkhidmatan
pos laju yang dikenakan?”
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
33
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
2.0 Bercerita, dan melaporkan sesuatu
perkara yang didengar, ditonton,
dibaca, dan dialami.
2.1 Bercerita dengan
menggunakan kata, frasa, ayat
serta sebutan dan intonasi
yang baik dan jelas.
Aras 1
i. Menceritakan semula sesuatu
perkara yang didengar, ditonton,
dan dialami.
􀁸􀀃 Menceritakan semula drama yang
didengar daripada pita rakaman.
Nota: i. Guru menentukan tugas
sebelum mendengar.
ii. Diperdengarkan rakaman
sebanyak dua kali.
Aras 2
i. Mempersembahkan cerita dengan
sebutan, intonasi, dan gaya
penyampaian yang baik.
􀁸􀀃 Mempersembahkan cerita dengan
sebutan, intonasi, dan gaya
penyampaian yang baik.
Nota: menilai gaya penyampaian murid
dari segi
1. suara
2. mimik muka
3. gerak badan
4. meniru suara watak
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
34
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
Aras 3
i. Menjelaskan pengajaran cerita
yang didengar, ditonton dan
dialami.
􀁸􀀃 Berbincang dalam kumpulan untuk
mencari pengajaran dalam cerita dan
membentangkan hasil perbincangan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
35
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
2.0 Bercerita dan melaporkan
sesuatu perkara yang didengar,
ditonton, dibaca, dan dialami.
2.2 Bercerita tentang sesuatu
perkara atau kejadian yang
dialami dengan jelas dan
teratur.
Aras 1
i. Berceritakan tentang sesuatu
perkara yang dialami dengan
menggunakan bahasa yang
betul.
􀁸􀀃 Menceritakan pengalaman yang pernah
dialami.
Contoh:
Pengalaman hari pertama mendaftar di
sekolah.
Aras 2
i. Mengulas sesuatu perkara atau
kejadian yang dialami dengan
menggunakan bahasa yang
betul.
􀁸􀀃 Membicarakan perkara atau kejadian
yang dialami dengan lebih terperinci.
Contoh:
Menghuraikan dengan lebih lanjut
tentang suasana dan persekitaran
sekolah pada hari pendaftaran.
Aras 3
i. Mencerita tentang sesuatu
peristiwa dengan urutan yang
betul dan penuh penghayatan.
􀁸􀀃 Menceritakan dengan gaya dan aksi
yang sesuai tentang pengalaman yang
telah dialami.
Contoh:
Pengalaman menyertai perbarisan pada
hari kemerdekaan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
36
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
2.0 Bercerita dan melaporkan
sesuatu perkara yang didengar,
ditonton, dibaca, dan dialami.
2.3 Melaporkan sesuatu perkara
dengan menggunakan
bahasa yang sesuai dan
tepat.
Aras 1
i. Mengemukakan idea dan isi
dalam bentuk ringkasan atau
sinopsis daripada bahan yang
didengar, dibaca dan ditonton.
􀁸􀀃 Menyatakan idea dan isi yang terdapat
dalam teks yang dibaca dalam bentuk
sinopsis.
Aras 2
i. Menyampaikan idea dan isi
secara jelas.
􀁸􀀃 Mengumpulkan dan menyatakan idea
tentang sesuatu tajuk dengan isi yang
padat.
Contoh:
Faedah menggunakan komputer dalam
pembelajaran.
Aras 3
i. Membentangkan laporan dengan
idea yang jelas, isi yang padat dan
terperinci serta laras bahasa yang
sesuai.
􀁸􀀃 Membuat kajian tentang sesuatu topik
secara jelas dan terperinci dan laras
bahasa serta membentangkannya.
Contoh:
Melaporkan bilangan murid dan guru
lelaki dan perempuan serta bilangan
bilik darjah yang terdapat di sekolah.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
37
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
3.0 Menyampaikan maklumat dalam
pengucapan yang mudah, betul,
menarik dan berkesan
3.1 Memilih dan menggunakan
kata, istilah, frasa, dan ayat
yang tepat untuk
menyampaikan maklumat
dengan laras bahasa yang
betul.
Aras 1
i. Menyampaikan pengumuman
dengan menggunakan kata,
sebutan dan intonasi yang betul.
ii. Menyampaikan ucapan
menggunakan kata, istilah, frasa,
dan ayat dengan sebutan serta
intonasi yang betul.
􀁸􀀃 Simulasi menggunakan kata dan ayat
yang sesuai untuk menyampaikan
pengumuman.
Contoh:
Diumumkan bahawa murid yang terlibat
dalam acara balapan dan padang
dikehendaki menghadiri sesi latihan jam
dua petang pada hari ini.
􀁸􀀃 Main peranan menyampaikan ucapan
dalam sesuatu majlis.
Contoh:
kata - “Tuan-tuan dan puan-puan”
frasa - “Yang dihormati ...”
ayat - “Terlebih dahulu saya
mengucapkan terima kasih atas
jemputan ini.”
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
38
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
Aras 2
i. Menyampaikan syarahan dengan
petah menggunakan perkataan,
ayat, intonasi, dan gaya
persembahan yang berkesan.
ii. Mengacarakan sesuatu majlis
di sekolah.
Aras 3
i. Menyampaikan ceramah sesuatu
topik berdasarkan maklumat
yang diperoleh dengan laras
bahasa yang betul.
􀁸􀀃 Menggunakan perkataan, intonasi, nada
suara dan gaya persembahan yang
berkesan untuk menyampaikan
syarahan.
Nota: Teks syarahan telah diberi terlebih
dahulu.
􀁸􀀃 Simulasi menggunakan kata dan ayat
yang sesuai untuk mengacarakan
sesuatu majlis.
Contoh:
Kata-kata aluan mengikut protokol -
“Yang berbahagia Tuan Pegawai
Pendidikan Daerah, Yang berusaha
Tuan Pengetua, guru-guru, tuan-tuan
dan puan-puan serta rakan-rakan...”
􀁸􀀃 Berbincang dalam kumpulan untuk
mencari maklumat berkaitan sesuatu
topik ceramah dan menyampaikannya
mengikut laras bahasa yang telah
ditetapkan.
Contoh:
Kepentingan sains dalam kehidupan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
39
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
3.0 Menyampaikan maklumat dalam
pengucapan yang mudah, betul,
menarik dan berkesan
3.2 Menghuraikan maklumat
dengan menggunakan alasan
yang meyakinkan.
Aras 1
1. Mengemukakan fakta tentang
sesuatu perkara dengan memberi
alasan yang rasional.
􀁸􀀃 Mendengar pita rakaman berita tentang
sesuatu perkara.
Contoh:
Tajuk - Menjaga kesihatan diri.
Fakta - Kita hendaklah mencuci tangan
sebelum makan untuk menjaga
kesihatan diri.
Aras 2
i. Menerangkan fakta tentang sesuatu
perkara dengan bukti yang wajar.
􀁸􀀃 Mengenal pasti dan mengemukakan
faktor yang boleh menjejaskan kesihatan
diri.
Contoh:
Fakta - Tangan yang tidak dicuci sebelum
makan mungkin dihinggapi
kuman yang boleh menjadi punca
penyakit.
Aras 3
i. Menjelaskan fakta tentang sesuatu
perkara dengan mengemukakan
bukti yang sahih.
􀁸􀀃 Berbincang dan menghuraikan fakta yang
diperoleh dengan hujah yang meyakinkan.
Contoh:
Fakta – Kuman merupakan punca kepada
pelbagai penyakit seperti sakit
perut, muntah-muntah dan cirit birit.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
40
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
3.0 Menyampaikan maklumat dalam
pengucapan yang mudah, betul,
menarik dan berkesan
3.3 Menyampaikan maklumat
tentang sesuatu perkara
kepada pihak lain dalam
aktiviti terancang.
Aras 1
i. Menyatakan isi penting yang
terdapat dalam sesuatu
pengucapan.
􀁸􀀃 Mendengar secara aktif teks ucapan dan
mengenal pasti isi-isi penting serta
menyampaikan maklumat.
Contoh:
Tajuk: Bahaya Aedes
Isi Penting: Nyamuk Aedes membawa
sejenis virus yang boleh
menyebabkan wabak denggi.
Aras 2
i. Menyatakan alasan untuk
mengukuhkan maklumat dalam
pengucapan.
􀁸􀀃 Sumbangsaran dalam kumpulan kecil
untuk menyatakan alasan mengapa kita
dijangkiti denggi dan membentangkan
hasil perbincangan.
Contoh:
Takungan-takungan air yang terbiar
membolehkan nyamuk Aedes membiak.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
41
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
Aras 3
i. Mengemukakan fakta dan
menghuraikannya untuk
mengukuhkan maklumat dalam
pengucapan.
􀁸􀀃 Menghuraikan langkah-langkah mengatasi
wabak denggi.
Contoh:
Kebersihan kawasan hendaklah dijaga
seperti menanam tin-tin kosong dan
memasukkan aebate ke dalam takungan
air.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
42
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk
yang relevan secara bertatasusila
4.1 Mengemukakan idea,
pandangan dan pendapat
tentang sesuatu perkara
secara terperinci, tepat dan
tersusun.
Aras 1
i. Mendengar inti pati perbincangan
dan menyatakan pandangan yang
meyakinkan.
􀁸􀀃 Mengulas secara umum pencemaran
sungai berdasarkan rakaman video yang
ditonton.
Contoh:
Keindahan dan kebersihan sungai terabai
kerana kurangnya kesedaran sivik di
kalangan masyarakat.
Aras 2
i. Menjelaskan pandangan atau
pendapat untuk memberi maklum
balas dalam perbincangan.
􀁸􀀃 Bersoal jawab tentang sebab dan akibat
pencemaran sungai.
Contoh:
Sebab - tumpahan minyak, sampah sarap,
sisa toksid.
Akibat - banjir, hakisan, kemusnahan
habitat.
Aras 3
i. Menyokong idea dan memberi
pendapat yang analitis, kritis dan
meyakinkan dalam sesuatu
perbincangan.
􀁸􀀃 Mengadakan perbincangan kumpulan
berdasarkan lirik lagu ‘Sungai Kita’ tentang
pemeliharaan dan pemuliharaan sungai.
Contoh:
Sungai merupakan punca air untuk
kehidupan dan warisan pusaka untuk
generasi akan datang.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
43
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk
yang relevan secara bertatasusila
4.2 Mengemukakan komen yang
sesuai berdasarkan
pemerhatian, pengalaman, dan
maklumat yang disampaikan
oleh pihak lain.
Aras 1
i. Menyatakan pendapat berdasarkan
contoh sebagai hujah dalam
perbincangan.
􀁸􀀃 Memberikan tafsiran berdasarkan gambar
yang dipamerkan.
Contoh:
Gambar seorang tua sedang termenung,
(Apa yang difikirkan?)
Aras 2
i. Menjelaskan pandangan dengan
bukti yang kukuh dalam
perbincangan.
Aras 3
i. Menjelaskan hujah dengan alasan
yang kukuh dalam perbincangan.
􀁸􀀃 Bersoal jawab tentang filem slaid yang
ditonton.
Contoh:
Gambar orang tua di rumah kebajikan.
(Mengapa ramai orang tua menjadi
penghuni di rumah kebajikan?)
􀁸􀀃 Murid menjelaskan hujah mengapa perlu
memberi kad ucapan pada ‘Hari Ibu’.
Contoh:
Kata-kata dalam kad ucapan Hari Ibu dapat
menggambarkan perasaan kasih sayang
anak terhadap ibunya.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
44
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk
yang relevan secara bertatasusila
4.3 Mengemukakan hujah untuk
menyokong atau menentang
pendirian dengan memberikan
alasan yang sesuai secara
sopan dalam aktiviti yang
terancang.
Aras 1
i. Menyatakan pendapat yang positif
tentang sesuatu perkara dalam
perbincangan.
􀁸􀀃 Memberi pendapat tentang peraturan
sekolah.
Contoh:
Potongan dan fesyen rambut.
Nota: Guru merasionalkan peraturan
sekolah dengan menggunakan
borang lembaran pengurusan
grafik.
Aras 2
i. Menyatakan teguran yang positif
tentang sesuatu perkara dalam
perbincangan.
􀁸􀀃 Melakonkan situasi seorang pengawas
menegur secara sopan seorang murid
yang tidak berpakaian kemas.
Contoh:
Peraturan sekolah mewajibkan anda
memakai lencana sekolah pada
sepanjang waktu persekolahan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
45
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
Aras 3
i. Menyatakan kritikan terhadap
sesuatu idea secara bersopan dalam
perbincangan.
􀁸􀀃 Membincangkan tindakan disiplin murid.
Contoh:
Guru A: Merotan boleh mendisiplinkan
murid.
Guru B : Saya setuju dengan pandangan
tersebut; Walau bagaimanapun,
saya berpendapat tindakan yang
lebih baik mungkin dengan
memberi nasihat dan khidmat
kaunseling.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
46
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk
yang relevan secara bertatasusila
4.4 Menyatakan pilihan untuk
menerima atau menolak
pandangan dan pendapat
dalam perundingan bagi
mencapai kata sepakat.
Aras 1
i. Membuat pertimbangan yang wajar
untuk menerima atau menolak
pandangan untuk mendapatkan
persetujuan.
􀁸􀀃 Berbincang untuk mendapatkan persetujuan
tentang sesuatu aktiviti.
Contoh:
Setelah membuat pertimbangan yang
wajar, kami bersetuju memilih hutan
rekreasi Ulu Bendol sebagai tapak
perkhemahan unit beruniform pada tahun
ini.
Aras 2
i. Menyatakan alasan yang kukuh
secara sopan sama ada menerima
atau menolak hujah untuk
mendapatkan persetujuan.
􀁸􀀃 Berbincang dengan mengambil kira semua
faktor untuk menentukan keputusan
mengadakan suatu aktiviti dan
membentangkan hasil perbincangan
tersebut.
Contoh:
Kami mencadangkan perkhemahan pada
tahun ini perlu diadakan kerana aktiviti yang
terdapat dalam program ini dapat memupuk
semangat kerjasama dan kepimpinan
antara ahli-ahli persatuan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
47
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
Aras 3
i. Mengemukakan bukti yang kukuh
secara sopan sama ada menerima
atau menolak pandangan untuk
mendapatkan persetujuan.
􀁸􀀃 Memberikan sebab sebagai bukti yang
kukuh sama ada menerima atau menolak
pandangan untuk mengadakan
perkhemahan.
Contoh:
Hasil perkhemahan yang telah diadakan
pada tahun lepas, para pelajar yang
mengikuti program tersebut telah
memperlihatkan jati diri yang tinggi.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
48
KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid memahami ayat dan teks fiksyen dan teks berunsur
ilmu dengan sebutan, intonasi dan kelancaran yang betul. Penekanan diberikan pada aspek pemahaman dan
penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan
keefisienan membaca. Hasil pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah i) membaca kuat, ii) membaca dan
memahami maklumat, dan iii) membaca, menaakul dan menghayati teks.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
49
KEMAHIRAN MEMBACA
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran
sebutan, intonasi, dan gaya
pembacaan yang sesuai
5.1 Membaca kuat perkataan dan
ayat dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan
memahami perkara yang
dibaca.
Aras 1
i. Membaca ayat tunggal dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
􀁸􀀃 Membaca lirik lagu sekolah atau lagu
patriotik dengan sebutan dan intonasi yang
betul.
Contoh:
Lirik lagu patriotik - “Keranamu Malaysia”
Aras 2
i. Membaca ayat majmuk dengan
sebutan, intonasi dan jeda yang
betul.
􀁸􀀃 Membaca petikan prosa dengan sebutan,
intonasi dan jeda yang betul.
Contoh:
Rencana tentang tokoh atau negarawan.
Aras 3
i. Membaca petikan dengan sebutan,
intonasi dan jeda dengan gaya
pembacaan yang baik.
􀁸􀀃 Membaca cerita rakyat atau cerita pendek
dengan sebutan, intonasi, dan jeda dengan
gaya pembacaan yang baik.
Contoh:
Petikan cerita rakyat
“Bawang Putih Bawang Merah.”
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
50
KEMAHIRAN MEMBACA
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran
sebutan, intonasi, dan gaya
pembacaan yang sesuai
5.2 Membaca kuat teks prosa dan
puisi dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan lancar
serta memahami perkara yang
dibaca.
Aras 1
i. Membaca teks dan menyebut kosa
kata dengan jelas dan lancar.
ii. Membaca puisi dengan jelas dan
lancar.
􀁸􀀃 Membaca pantas keseluruhan petikan dan
menyebut kosa kata yang sukar dengan
jelas dan lancar.
􀁸􀀃 Membaca puisi dengan jelas dan lancar.
Contoh:
pantun, sajak
Aras 2
i. Membaca teks dengan jelas, lancar
dan sebutan yang betul.
ii. Membaca puisi dengan sebutan
yang jelas dan lancar.
􀁸􀀃 Murid membaca kuat teks dengan jelas,
lancar dan sebutan yang betul. Sementara
murid lain meneliti bacaan tersebut.
􀁸􀀃 Murid membaca kuat sajak dengan sebutan
yang jelas dan lancar. Sementara murid lain
meneliti bacaan tersebut.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
51
KEMAHIRAN MEMBACA
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
Aras 3
ii. Membaca teks dengan sebutan,
intonasi dan gaya pembacaan yang
baik.
iii. Membaca puisi dengan sebutan,
intonasi dan gaya pembacaan yang
baik.
􀁸􀀃 Murid membaca petikan berita dengan
sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang
baik.
􀁸􀀃 Murid mempersembahkan bacaan puisi di
dalam kelas.
Contoh:
Mendeklamasikan sajak.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
52
KEMAHIRAN MEMBACA
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
6.0 Membaca dan memahami
maklumat yang terdapat dalam
pelbagai teks
6.1 Membaca pantas secara
luncuran dan imbasan untuk
mendapatkan maklumat yang
menyeluruh.
Aras 1
i. Membaca dan mengenal pasti idea
dalam teks daripada pembacaan
secara luncuran.
􀁸􀀃 Membaca secara luncuran (skimming) untuk
mendapatkan idea yang terdapat dalam
teks.
Nota:
proses luncuran (skimming)
- arahan guru mendapatkan idea utama
- murid mencari kata kunci
- membaca perenggan pertama dan
perenggan akhir
- membaca ayat topik dalam setiap
perenggan
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
53
KEMAHIRAN MEMBACA
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
Aras 2
i. Membaca dan memilih isi dalam
teks daripada pembacaan secara
imbasan.
􀁸􀀃 Membaca secara imbasan (scanning) untuk
mendapatkan isi-isi yang terdapat dalam
teks.
Nota:
proses imbasan (scanning)
- guru menentukan maklumat yang perlu
dicari dalam masa yang ditetapkan
- murid menandakan maklumat yang
berkaitan
- murid membaca semua maklumat
yang dikenal pasti
Aras 3
i. Membaca dan mengkategorikan isi
penting dalam teks daripada
pembacaan secara luncuran.
􀁸􀀃 Membaca pantas secara luncuran dan
mengkategorikan isi penting yang terdapat
dalam teks. (petikan sains)
Contoh:
Mengkategorikan binatang mengikut jenis.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
54
KEMAHIRAN MEMBACA
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
6.0 Membaca dan memahami
maklumat yang terdapat dalam
pelbagai teks
6.2 Membaca dan mengenal pasti
isi utama dan isi sampingan
daripada teks.
Aras 1
i. Membaca dan mengenal pasti idea
keseluruhan sesuatu teks untuk
mendapatkan maklumat.
􀁸􀀃 Membaca secara senyap untuk
mendapatkan idea utama keseluruhan teks.
Aras 2
i. Membaca dan mengenal pasti isi
penting dalam sesuatu teks untuk
mendapatkan maklumat.
􀁸􀀃 Mencatat isi-isi penting dalam bentuk peta
minda berdasarkan teks yang dibaca.
Contoh:
Penyakit berjangkit:
- Punca penyakit
- Jenis penyakit
- Langkah pencegahan
- Rawatan
Aras 3
i. Membaca dan mengenal pasti isi
penting dan isi sampingan dalam
sesuatu teks untuk mendapatkan
maklumat.
􀁸􀀃 Membaca senyap dan mengenal pasti isi-isi
penting dalam teks.
Contoh:
Menggariskan isi-isi penting dan isi
sampingan.
Nota:
Aktiviti dijalankan dengan bimbingan
dan penjelasan guru.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
55
KEMAHIRAN MEMBACA
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
6.0 Membaca dan memahami
maklumat yang terdapat dalam
pelbagai teks
6.3 Membaca dan merujuk
pelbagai sumber untuk
mendapatkan maklumat bagi
tajuk yang sedang dikaji
termasuk maklumat daripada
internet.
Aras 1
i. Membaca dan merujuk pelbagai
bahan bercetak untuk mendapatkan
fakta.
􀁸􀀃 Merujuk pelbagai bahan bercetak untuk
mendapatkan maklumat.
Contoh:
Merujuk ensiklopedia untuk mendapatkan
fakta berdasarkan sesuatu tajuk.
Aras 2
i. Membaca dan merujuk pelbagai
sumber untuk mendapatkan bukti
bagi fakta yang diperoleh.
􀁸􀀃 Merujuk media elektronik untuk mendapatkan
bukti bagi mengukuhkan fakta.
Contoh:
Menonton (rancangan ilmiah) rakaman video
atau cakera padat bersesuaian dengan tajuk
yang dikaji.
Aras 3
i. Membaca dan merujuk pelbagai
sumber untuk menyaring maklumat
yang diperoleh.
􀁸􀀃 Mendapatkan maklumat melalui enjin
pencarian laman web.
Nota:
Memilih fakta dan bukti yang relevan dengan
tajuk yang dikaji.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
56
KEMAHIRAN MEMBACA
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
6.0 Membaca dan memahami
maklumat yang terdapat dalam
pelbagai teks
6.4 Membaca dan membuat
ramalan berdasarkan sesuatu
cerita atau maklumat yang
diberikan.
Aras 1
i. Menyatakan maklumat yang
relevan daripada bahan yang dibaca
untuk membuat ramalan.
􀁸􀀃 Membaca sebuah cerita yang tidak lengkap
dan meramalkan kesudahan cerita tersebut.
Aras 2
i. Mengenal pasti maklumat yang
relevan daripada bahan yang dibaca
untuk membuat ramalan.
􀁸􀀃 Membaca petikan tentang sesuatu tajuk atau
isu dan buat ramalan tentang perkara
tersebut.
Contoh:
Sekolah dalam taman
- udara segar dan tenang
- cantik dan kawasan bersih
- banyak pokok hiasan buah-buahan dan
haiwan kecil
Aras 3
i. Menganalisis maklumat daripada
bahan yang dibaca untuk mendapat
kewajaran ramalan.
􀁸􀀃 Membaca dan menganalisis isi penting
sesuatu tajuk dalam petikan dan meramalkan
kemungkinan yang berlaku pada masa
hadapan.
Contoh:
Sistem pengangkutan pada tahun 2020.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
57
KEMAHIRAN MEMBACA
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
6.0 Membaca dan memahami
maklumat yang terdapat dalam
pelbagai teks
6.5 Membaca dan mengenal pasti
pelbagai genre penulisan.
Aras 1
i. Membaca dan mengenal pasti
bentuk dan gaya bahasa dalam
sesuatu genre.
􀁸􀀃 Membaca dan membandingkan puisi dari
segi bentuk dan gaya bahasa.
Contoh:
Membandingkan bentuk sajak dengan
pantun.
Aras 2
i. Membaca dan mengenal pasti laras
bahasa yang terdapat dalam
pelbagai genre.
􀁸􀀃 Mendeklamasikan dan meneliti dua sajak
yang mempunyai laras bahasa yang berbeza.
Contoh:
Sajak laras sains dan sajak laras sastera.
Aras 3
i. Membaca dan membezakan ciri
yang terdapat dalam pelbagai
genre.
􀁸􀀃 Menerangkan ciri-ciri pelbagai genre dan
membandingkan antara satu sama lain.
Contoh:
Membandingkan ciri pantun dengan sajak.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
58
KEMAHIRAN MEMBACA
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
7.0 Membaca, menaakul, dan
menghayati kandungan teks yang
dibaca
7.1 Menerangkan maksud
kandungan teks yang tersurat
dan tersirat.
Aras 1
i. Membaca dan menerangkan
maksud tersurat teks yang dibaca.
􀁸􀀃 Membaca petikan secara senyap dan
menerangkan maksud tersurat cerita.
Contoh:
Cerita ‘Tikus dengan Gajah;
bagaimana seekor tikus dapat
mengalahkan seekor gajah.
Aras 2
i. Membaca dan membuat andaian
tentang sesuatu perkara yang
tersirat berdasarkan maklumat
tersurat.
􀁸􀀃 Murid membuat beberapa andaian maksud
tersirat berdasarkan petikan yang dibaca.
Contoh:
Tersurat : Seekor tikus dapat
mengalahkan seekor gajah.
Tersirat : Makhluk yang kecil boleh
mengalahkan makhluk yang
besar.
Aras 3
i. Membaca dan menerangkan
maksud tersirat berdasarkan
maklumat tersurat dengan tepat.
􀁸􀀃 Menerangkan maksud tersirat berdasarkan
maklumat tersurat.
Contoh:
Kekuatan akal dapat mengatasi kekuatan
fizikal.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
59
KEMAHIRAN MEMBACA
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
7.0 Membaca, menaakul, dan
menghayati kandungan teks yang
dibaca
7.2 Membaca dan menghargai
gaya bahasa yang terdapat
dalam teks sastera dan bukan
sastera.
Aras 1
i. Membaca dan meneliti penggunaan
kata dan ungkapan dalam teks.
􀁸􀀃 Mengenal pasti penggunaan kata dan
ungkapan dalam teks.
Contoh:
i) Percutian yang membawa keriangan
yang
memukau. ( gaya bahasa sastera)
ii) Percutian yang menggembirakan. ( gaya
bahasa bukan sastera)
Aras 2
i. Membaca dan meneliti penggunaan
ayat dalam teks.
􀁸􀀃 Membaca petikan cerpen untuk mengenal
pasti penggunaan ayat dan menerangkan
maksud ayat dalam petikan.
Contoh:
i. Pokok melambai-lambai menyambut
kepulangannya. (gaya bahasa sastera)
ii. Angin bertiup semasa dia pulang.
( gaya bahasa bukan sastera)
Aras 3
i. Membaca dan mengenal pasti
simpulan bahasa, perumpamaan
dan bidalan.
􀁸􀀃 Menyatakan peribahasa yang terdapat
dalam teks.
Contoh:
Lirik lagu ‘Ayam’
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
60
KEMAHIRAN MEMBACA
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
7.0 Membaca, menaakul, dan
menghayati kandungan teks yang
dibaca
7.3 Menghayati pelbagai bahan
sastera dan bukan sastera
yang berkualiti untuk
meningkatkan dan
memperkukuh minat
membaca.
Aras 1
i. Membaca dan menyatakan isi
sesuatu teks yang dibaca daripada
pelbagai bahan untuk meningkatkan
minat membaca.
􀁸􀀃 Membaca senyap untuk mengetahui isi
penting dan membuat catatan serta
membentangkan hasil catatan.
Aras 2
i. Membaca dan menyatakan
ringkasan atau sinopsis teks yang
dibaca daripada pelbagai bahan.
􀁸􀀃 Menyusun isi penting mengikut kronologi
atau keutamaan berdasarkan petikan yang
dibaca.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
61
KEMAHIRAN MEMBACA
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
Aras 3
i. Membaca dan mengenal pasti
perkara menarik dalam teks untuk
meningkatkan minat membaca
ii. Membaca dan mengenal pasti isi
daripada bacaan ekstensif.
􀁸􀀃 Membaca teks untuk mengetahui watak
utama, peristiwa menarik dan unsur-unsur
pengajaran yang terdapat dalam bahan
yang dibaca.
􀁸􀀃 Bercerita berdasarkan isi-isi penting
daripada pelbagai bahan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
62
KEMAHIRAN MENULIS
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea
melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang telah dilalui, bahan
fiksyen serta bahan berkaitan sesuatu bidang ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis,
tanda baca, dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik digalakkan. Hasil pembelajaran bagi
kemahiran menulis ialah
i) menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, ii) mencatat dan menyusun maklumat, iii) menghasilkan
penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan iv) membuat ulasan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
63
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat
dan wacana dalam penulisan
8.1 Membina dan menulis
perkataan, ayat tunggal, dan
ayat majmuk.
Aras 1
i. Membina ayat tunggal dengan
memilih kata atau diksi yang betul.
􀁸􀀃 Membina ayat-ayat tunggal dengan
menggunakan kata atau diksi berdasarkan
gambar.
Contoh:
Gambar kemalangan jalan raya.
Aras 2
i. Membina ayat tunggal dengan
memilih istilah dan ungkapan yang
betul.
􀁸􀀃 Membaca petikan dan mengenal pasti
istilah dan ungkapan pelbagai laras (laras
matematik).
Contoh:
Istilah - bersamaan, digit
Ayat – Satu juta bersamaan dengan tujuh
digit.
Nota:
Merujuk kamus untuk mendapatkan maksud
istilah dan membina ayat tunggal daripada
istilah dan ungkapan tersebut.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
64
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
Aras 3
i. Membina ayat tunggal dan ayat
majmuk dengan menggunakan
simpulan bahasa, perumpamaan,
dan bidalan.
􀁸􀀃 Membina ayat tunggal dan ayat majmuk
dengan menggunakan peribahasa.
Contoh:
Berkaki ayam – Dia berkaki ayam ketika
bermain bola di padang.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
65
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat
dan wacana dalam penulisan
8.2 Membina dan menulis ayat
tunggal dan ayat majmuk
dalam sesuatu penulisan teks
tentang sesuatu tajuk.
Aras 1
i. Membina ayat dengan
mencantumkan dua ayat tunggal
dengan kata hubung.
􀁸􀀃 Membina dua ayat tunggal dan
menggabungkannya dengan kata hubung
yang sesuai.
Aras 2
i. Membina ayat dengan
mencantumkan dua ayat tunggal
atau lebih dengan kata hubung.
􀁸􀀃 Membina dua atau lebih ayat tunggal dan
menggabungkannya dengan kata hubung
yang sesuai.
Aras 3
i. Membina satu ayat induk dan satu
atau beberapa ayat kecil.
􀁸􀀃 Membina satu ayat induk dan beberapa
ayat kecil dan menggabungkannya dengan
kata hubung yang sesuai.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
66
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat
dan wacana dalam penulisan
8.3 Membina dan menulis ayat
topik dan ayat huraian
berdasarkan sesuatu perkara.
Aras 1
i. Menyatakan isi utama dan membina
ayat gramatis.
ii. Menghuraikan isi utama menjadi
ayat gramatis.
􀁸􀀃 Murid menyatakan isi utama dalam bentuk
peta minda dan membina ayat gramatis
berdasarkan isi utama tersebut.
Contoh :
Tajuk : Faedah membaca
Isi utama : Menambah ilmu pengetahuan
Ayat gramatis : Membaca buku dapat
menambah ilmu
pengetahuan.
􀁸􀀃 Menghuraikan isi utama menjadi ayat
gramatis.
Contoh:
Membaca buku dapat menambah ilmu
pengetahuan kerana banyak maklumat
boleh diperoleh.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
67
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
Aras 2
i. Menyatakan isi sampingan
ii. Menghuraikan isi sampingan
menjadi ayat yang gramatis
Aras 3
i. Menyatakan isi utama dan isi
sampingan menjadi ayat yang
koheren.
􀁸􀀃 Menyatakan isi sampingan berdasarkan isi
utama yang telah dikenal pasti.
Contoh:
Isi sampingan : Mengetahui pelbagai ilmu.
Ayat gramatis : Kita boleh mengetahui
pelbagai ilmu
􀁸􀀃 Murid menghurai isi sampingan menjadi
ayat gramatis.
Contoh:
Menghurai isi : Kita boleh mengetahui
pelbagai ilmu seperti ilmu
geografi dan sains.
􀁸􀀃 Murid menggabungkan isi utama dan isi
sampingan dengan menggunakan penanda
wacana oleh itu dalam bentuk ayat yang
koheren untuk menghasilkan perenggan.
Contoh:
Membaca buku dapat menambah ilmu
pengetahuan kerana banyak maklumat
boleh diperoleh. Oleh itu kita boleh
mengetahui pelbagai ilmu seperti ilmu
geografi dan sains.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
68
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat
dan wacana dalam penulisan
8.4 Mengenal pasti penanda
wacana yang sesuai dalam
satu perenggan atau antara
perenggan dalam sesebuah
karangan.
Aras 1
i. Mengenal pasti dan mencatatkan
penanda wacana yang sesuai
dalam ayat.
􀁸􀀃 Mengenal pasti dan mencatatkan penanda
wacana yang terdapat dalam teks.
Aras 2
i. Mengenal pasti dan mencatatkan
penanda wacana yang sesuai
dalam ayat menjadi perenggan.
􀁸􀀃 Membina ayat dengan menggunakan
penanda wacana yang sesuai .
Aras 3
i. Mengenal pasti dan mencatatkan
penanda wacana yang sesuai
dalam ayat untuk menghasilkan
sebuah karangan.
􀁸􀀃 Membina ayat dengan menggunakan
penanda wacana yang sesuai untuk
menghasilkan laporan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
69
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat
dan wacana dalam penulisan
8.5 Membina wacana yang
sempurna bagi keseluruhan
karangan.
Aras 1
i. Membina ayat majmuk bagi
menghasilkan perenggan
pengenalan.
􀁸􀀃 Membina ayat berdasarkan isi yang telah
ditetapkan bagi menghasilkan perenggan
pengenalan dengan menggunakan kata
hubung ‘dan’.
Contoh:
‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’.
Maksud: Melentur buluh biarlah dari rebung
bermaksud membentuk sahsiah
dan perlakuan seseorang bermula
dari peringkat kanak-kanak.
Aras 2
i. Membina ayat majmuk bagi
menghasilkan perenggan isi.
􀁸􀀃 Membina ayat majmuk berdasarkan isi dan
contoh yang sesuai bagi menghasilkan
perenggan isi.
Contoh:
Isi : Membimbing anak sejak dari kecil boleh
membawa kejayaan.
Huraian : Pak Sidek telah berusaha
melatih anak-anaknya Misbun, Razif, Jailani
dan Rashid bermain badminton sejak dari
kecil. Mereka telah berjaya dalam sukan
badminton di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
70
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
Aras 3
i. Membina ayat majmuk bagi
menghasilkan perenggan penutup.
􀁸􀀃 Membina ayat berdasarkan isi kesimpulan
bagi menghasilkan perenggan penutup.
Contoh:
Kesimpulannya usaha yang bersungguh
sungguh dan berterusan dari peringkat awal
kanak-kanak boleh menghasilkan kejayaan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
71
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
9.0 Mencatat dan menyusun
maklumat
9.1 Mengimlak (mengambil
rencana) berdasarkan teks
yang dibacakan atau
diperdengarkan.
Aras 1
i. Mengimlak beberapa baris ayat
dengan tanda baca yang betul
berdasarkan teks yang
diperdengarkan.
􀁸􀀃 Menulis beberapa ayat daripada teks yang
diperdengarkan.
Nota: Langkah pelaksanaan imlak
i. Murid mendengar sahaja.
ii. Mendengar dan menulis.
iii. Mendengar dan menyemak.
Aras 2
i. Mengimlak perenggan dengan
tanda baca yang betul berdasarkan
teks yang diperdengarkan.
􀁸􀀃 Menulis satu perenggan dengan
menggunakan tanda baca yang betul
daripada teks yang diperdengarkan.
Aras 3
i. Mengimlak petikan dengan tanda
baca yang betul berdasarkan teks
yang diperdengarkan.
􀁸􀀃 Menulis keseluruhan petikan dengan
menggunakan tanda baca yang betul
daripada teks yang diperdengarkan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
72
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
9.0 Mencatat dan menyusun
maklumat
9.2 Mengenal pasti maklumat dan
mencatat nota daripada
bahan yang didengar dan
dibaca.
Aras 1
i. Mencatat isi penting berdasarkan
bahan yang didengar dan dibaca.
􀁸􀀃 Mencatat isi penting berdasarkan maklumat
yang diperlukan daripada bahan yang
didengar dan dibaca secara imbasan.
Contoh:
Tajuk – Sistem Pengangkutan.
Aras 2
i. Mengklasifikasikan dan
mencatatkan isi penting
berdasarkan bahan yang didengar
dan dibaca.
􀁸􀀃 Mengklasifikasikan dan mencatat isi penting
berdasarkan maklumat yang diperlukan
daripada bahan yang didengar dan dibaca.
Contoh:
Mengklasifikasikan jenis-jenis
pengangkutan.
Aras 3
i. Menyusun dan mencatat isi penting
mengikut keutamaan berdasarkan
bahan yang didengar dan dibaca.
􀁸􀀃 Menyusun dan mencatat isi penting
mengikut keutamaan berdasarkan maklumat
yang diperlukan daripada bahan yang
didengar dan dibaca.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
73
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
9.0 Mencatat dan menyusun
maklumat
9.3 Menyusun maklumat daripada
nota atau catatan hasil
daripada bahan yang
didengar atau dibaca secara
tersusun dan kohesi.
Aras 1
i. Melakar maklumat berdasarkan
bahan yang dibaca, didengar dan
ditonton.
􀁸􀀃 Melakarkan maklumat dalam bentuk
organisasi grafik daripada bahan yang
dibaca.
Contoh:
Carta aliran atau peta minda.
Aras 2
i. Mengklasifikasikan maklumat yang
dikemukakan mengikut susunan
yang wajar.
􀁸􀀃 Mengenal pasti dan mengklasifikasikan
maklumat yang diperoleh mengikut
susunan.
Contoh:
Buah-buahan tempatan;
- bermusim
- tidak bermusim
Aras 3
i. Merekod maklumat dalam bentuk
pengurusan grafik yang sesuai.
􀁸􀀃 Merekod maklumat yang diperoleh dalam
pelbagai bentuk grafik.
Contoh:
Carta aliran
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
74
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
10.0 Mencatat dan menyusun
maklumat
10.1 Menghasilkan pelbagai genre
( prosa dan puisi ) termasuk
e-mel yang mudah, menarik
dan bermakna.
Aras 1
i. Menghasilkan penulisan bentuk
cerita dan surat kiriman.
ii. Menghasilkan pantun dua kerat.
􀁸􀀃 Menghasilkan penulisan bentuk naratif dan
surat kiriman.
Nota: i. Penulisan naratif
- Penulisan cerita
- Perkembangan cerita
- Klimaks
- Peleraian
ii. Surat kiriman
- Alamat pengirim/penerima
- Tarikh
- Perkara
- Tandatangan
􀁸􀀃 Menghasilkan pantun dua kerat.
Nota: i. Pembayang maksud
ii. Maksud
iii. Rima akhir a, a
iv. Suku kata 8-12
v. Bilangan baris -2
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
75
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
Aras 2
i. Menghasilkan penulisan bentuk
berita dan pengumuman.
ii. Menghasilkan pantun empat kerat.
􀁸􀀃 Murid menghasilkan penulisan bentuk berita
dan pengumuman.
Nota: i. Berita
- Tajuk
- Tempat
- Hari
- Peristiwa
- Bahasa yang ringkas
ii. Pengumuman
- Tajuk
- Tempat
- Tarikh/Hari
- Peristiwa
􀁸􀀃 Murid menghasilkan pantun empat kerat.
Nota: i. Pembayang maksud
ii. Maksud
iii. Rima akhir, a,b a, b
iv. Suku kata 8-12
v. Bilangan baris - 4
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
76
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
Aras 3
i. Menghasilkan penulisan bentuk
ucapan dan temu ramah.
ii. Menghasilkan sajak.
􀁸􀀃 Murid menghasilkan penulisan bentuk
ucapan dan temu ramah.
Nota: i. Ucapan
- Kata alu-aluan
- Panggilan hormat
- Penutup
ii. Temu ramah
- Pengenalan
- Penemu ramah
- Yang ditemu ramah
- Soalan terbuka
- Ucapan penghargaan
􀁸􀀃 Murid menghasilkan sajak.
Nota: i. Bebas
ii. Bertema
iii. Berangkap
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
77
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
10.0 Menghasilkan penulisan kreatif
dan bukan kreatif
10.2 Membuat ringkasan atau
sinopsis daripada bahan yang
didengar dan dibaca.
Aras 1
i. Mencatat isi daripada pelbagai
bahan yang didengar dan dibaca.
􀁸􀀃 Membuat nota ringkas tentang sesuatu
tajuk tugasan dengan merujuk pelbagai
bahan bacaan.
Contoh:
Tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan.
Aras 2
i. Menyusun isi yang dikenal pasti
daripada pelbagai bahan yang
didengar dan dibaca.
􀁸􀀃 Menghasilkan buku skrap tentang sesuatu
tajuk dengan mencatatkan dan menyusun
isi daripada pelbagai bahan.
Aras 3
i. Menyatakan isi yang telah
diringkaskan daripada pelbagai
bahan yang didengar dan dibaca.
􀁸􀀃 Melaporkan isi yang telah diringkaskan
tentang sesuatu tajuk daripada pelbagai
bahan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
78
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
10.0 Menghasilkan penulisan kreatif
dan bukan kreatif
10.3 Mengedit dan memurnikan
hasil penulisan.
Aras 1
i. Mengedit ejaan, tanda baca dan
kosa kata hasil sesuatu penulisan.
􀁸􀀃 Mengenal pasti dan membaiki kesalahan
ejaan, tanda baca dan kosa kata dalam
bahan penulisan.
Nota: Pemilihan kosa kata yang sesuai
dan tepat dengan konteks dalam
ayat.
Aras 2
i. Mengedit struktur ayat dan
penanda wacana hasil sesuatu
penulisan.
􀁸􀀃 Mengenal pasti dan membaiki kesalahan
struktur ayat dan penanda wacana dalam
sesuatu petikan.
Aras 3
i. Mengedit dan memurnikan hasil
sesuatu penulisan.
􀁸􀀃 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
Nota: Memurnikan
- susunan isi
- pemilihan kosa kata
- gaya bahasa
- struktur bahasa
- wacana
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
79
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
11.0 Membuat ulasan tentang bahan
yang didengar, ditonton atau
dibaca
11.1 Mengemukakan aspek
pengajaran dan nilai yang
terdapat dalam sesuatu karya
bukan sastera.
Aras 1
i. Menyatakan pengajaran dan nilai
yang terdapat dalam sesuatu karya
bukan sastera.
􀁸􀀃 Membaca petikan rencana dan mencatatkan
pengajaran dan nilai yang terdapat dalam
rencana tersebut.
Contoh:
Tajuk - Masalah ponteng sekolah di
kalangan murid.
Nilai - Menghargai masa
Aras 2
i. Menerangkan pengajaran dan nilai
yang terdapat dalam sesuatu karya
bukan sastera.
􀁸􀀃 Memperjelaskan pengajaran dan nilai yang
telah dikenal pasti dalam rencana tersebut.
Aras 3
i. Menyatakan pandangan tentang
pengajaran dan nilai yang terdapat
dalam sesuatu karya bukan
sastera.
􀁸􀀃 Berbincang dalam kumpulan dan
mengemukakan pendapat tentang
pengajaran dan nilai yang terdapat dalam
rencana tersebut.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
80
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
11.0 Membuat ulasan tentang bahan
yang didengar, ditonton atau
dibaca
11.2 Mengulas karya sastera yang
mudah secara umum daripada
aspek sastera.
Aras 1
i. Menyatakan watak dan perwatakan
yang terdapat dalam karya sastera.
􀁸􀀃 Membaca petikan cerpen dan mencatatkan
watak dan perwatakan yang terdapat dalam
petikan tersebut.
Aras 2
i. Menjelaskan mesej, pengajaran,
dan nilai yang terdapat dalam karya
sastera.
􀁸􀀃 Mendengar rakaman petikan sajak dan
mencatat mesej dan nilai yang terdapat
dalam sajak tersebut.
Aras 3
i. Mengulas tema dan persoalan yang
terdapat dalam karya sastera.
􀁸􀀃 Berbincang dalam kumpulan untuk mengulas
tema dan persoalan yang terdapat dalam
sebuah cerpen.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
81
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
11.0 Membuat ulasan tentang bahan
yang didengar, ditonton atau
dibaca
11.3 Menyatakan pandangan
tentang perkara yang menarik
dalam sesebuah karya.
Aras 1
i. Menyatakan pendapat dengan jelas
tentang perkara yang menarik
dalam sesebuah karya.
􀁸􀀃 Menonton tayangan video tentang sesuatu
cerita dan mencatatkan perkara yang
menarik tentang cerita tersebut.
Contoh:
Filem animasi : Sang Monyet dengan Sang
Kancil.
Aras 2
i. Menyatakan pendapat dengan
alasan yang kukuh tentang sesuatu
perkara yang menarik dalam
sesebuah karya.
􀁸􀀃 Berbincang dalam kumpulan dan
mencatatkan alasan tentang perkara yang
menarik dalam cerita tersebut.
Aras 3
i. Mengemukakan pendapat secara
kritis dan analitis tentang perkara
yang menarik dalam sesebuah
karya.
􀁸􀀃 Memberi pandangan secara kritis tentang
karya yang ditonton.
Contoh:
Mengapa Sang Monyet makan cili walaupun
ditegah oleh Sang Kancil?
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan
82
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota
11.0 Membuat ulasan tentang bahan
yang didengar, ditonton atau
dibaca
11.4 Memberikan komen dan
pandangan tentang pandapat
yang disampaikan oleh pihak
lain.
Aras 1
i. Menyatakan pandangan tentang
sesuatu perkara yang disampaikan
oleh pihak lain.
􀁸􀀃 Membaca ruangan pembaca dalam akhbar
dan menyatakan pandangan tentang
menyatakan pandangan tentang perkara
tersebut.
Contoh:
Kemerosotan mutu sukan negara.
Aras 2
i. Menyatakan pendirian tentang
sesuatu pendapat yang
disampaikan oleh pihak lain.
􀁸􀀃 Memberi reaksi dengan menulis surat kepada
ruangan pembaca untuk mengemukakan
pendirian berhubung dengan perkara
tersebut.
Aras 3
i. Mengulas pandangan yang
dikemukakan oleh pelbagai pihak.
􀁸􀀃 Mengumpul pandangan pelbagai pihak
berhubung perkara tersebut dan mengulas
dengan mengemukakan idea yang bernas.

0 comments:

Post a Comment