Tuesday, May 11, 2010

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
(30 markah)
Jawab semua soalan

Bahagian (a)Morfologi (Menulis ayat)

Panduan menulis ayat:
Kesalahan ejaan, jalan bahasa dan isi yang tidak jelas markah akan ditolak.
Perkataan tidak boleh digunakan sebagai kata nama khas.
Perkataan tidak boleh digunakan sebagi peribahasa.
Jika menggunakan struktur cakap ajuk pastikan tanda baca dipatuhi dengan betul.
Jika ayat dibina seperti satu ayat tetapi lebih, markah akan ditolak.

Analisis soalan bahagaian (a) 2004-2009

2004

2005

2006

2007

2008

Kata majmuk:

i Garis panduan
ii Baik pulih
iii Hapus kira
iv Urus niaga
v usaha sama
vi Hak cipta

Imbuhan pinjaman:

i tatasusila
ii tatacara
ii prasyarat
iv prasejarah
v dwibahasa
vi dwitahunan

Pasangan kata

i sabut -
serabut
ii tunjuk –
telunjuk
iii guruh –
gemuruh

Kata dasar yang sama

i muka
ii terkemuka
iii bersemuka
iv permukaan
v mengemukakan
vi bermuka-muka

2007 (JUN)
Kata banyak makna
i diam
ii tanggal
iii tawar

Kata ganda &
Rangkai kata

i suka-duka
ii baik-buruk
iii penat-lelah
iv melayari laman web
v pembangunan
mesra alam
vi semangat setia
kawan

Latihan 1:
Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, serta menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama khas.
i ahli
ii haus
iii habis ]
[6 markah)
Cadangan jawapan Latihan 1:

i
Semua ahli Persatuan Bahasa diwajibkan hadir dalam program Bulan Bahasa yang berlangsung di dewan sekolah.

Bom yang ditemui oleh penduduk di kawasan paya Gelang Patah disahkan oleh ahli pemusnah bom sebagai bom yang ditinggalkan oleh tentera Jepun.

ii
Kamarul membeli sebungkus air kelapa di gerai itu kerana tekaknya terlalu haus.

Walaupun tapak kasut Kumaran haus namun dia telah menjadi johan dalam perlumbaan jalan kaki 10km sempena Kempen Gaya Hidup Sihat.

iii

Setelah majlis itu habis semua tetamu dijemput ke dewan makan asrama sekolah untuk meniknati jamuan ringan.

Kereta ayah terhenti di pertengahan jalan kerana minyak kertanya habis

Latihan 2:
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.
i hias
ii berhias
iii menghiaskan
iv menghiasi
v perhiasan
vi penghias
[6 markah]

Latihan 3:

i bahu-membahu
ii kenal-mengenal
iii ejek-mengejek
iv karang-mengarang
v tembak-menembak
vi sayang-menyayang
[6 markah]

Latihan 4

i Insentif
ii Intensif
iii Aspirasi
iiv Inspirasi
v Interaksi
vi interpretasi
[6 markah]
Latihan 5

i Keluh-kesah
ii Haru-biru
iii Punah-ranah
iv Desas-desus
v Cacat-cela
vi Lekak-lekuk
[6 markah]

Bahagian (b) : Sintaksis (analisis ayat)
Panduan menjawab
Fahami kehendak soalan
Terlebih dahulu murid seharusnya mengetahui pola-pola ayat, jenis-jenis ayat, subjek dan predikat dalam ayat, bentuk ayat dan ragam ayat
Semak jawapan yang tulis sebelum berpindak ke bahagian seterusnya.

2004
Tulis petikan di bawah ini dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan.

Sakinah memberitahu Mariam bahawa dia bercadang untuk mengikuti kursus usahawan muda yang dianjurkan oleh kerajaan. Mariam menyokong rancangan Sakinah itu. Seterusnya, Mariam menyatakan bahawa Sakinah akan dapat menimba pengetahuan melalui kursus itu. Sakinah melahirkan hasratnya untuk menjadi usahawan yang terkenal pada suatu hari nanti. Mariam menyatakan keyakinannya bahawa Sakinah mengucapkan terima kasih kepada Mariam.
[ 6 markah]

2005
Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa menguvah maksud asalnya.

(i) Tugas mengisi kemerdekaan negara akan kita pikul bersama-sama.
(ii) Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat.
(iii) Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara bergotong-royong.
[6 markah]

2006
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

(i) Adakah Encik Azman hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya?.
(ii) Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.
(iii) Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.

[6 markah]

2007
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006.
(ii) Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.
(iii) Pelatih Program Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan.
[6 markah ]

2007
JUN
Bina satu ayat bagi setiap ayat perintah berikut.

(i)

(ii)

(iii)
Ayat suruhan.

Ayat Silaan.

Ayat Permintaan.
[6 markah]

2008
Nyatakan pola bagi ayat-ayat dibawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama+Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama+Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama+Frasa Sendi (FN+FS), dan Frasa Nama+Frasa Adjektif (FN+FA)

.(i) Baju sutera ini untuk ibu.
(ii) Kuda putih itu berlari pantas.
(iii) Sekolah baru itu sangat cantik landskapnya.
(iv) Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.
(v) Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung minggu ini.
(vi) Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni.
[6 markah]

Latihan 1 :
Tulis semula ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.

Bukan semua anak muda berjaya dalam hidup. Mereka berhijrah ke kota. Mereka meninggalkan kampong halaman. Ada antara mereka yang tidak mendapat kerja. Mereka hidup melarat. Mereka mengharapkan belas kasihan orang ramai. Ada juga yang mengharapkan kiriman wang dari kampung. Mereka sepatutnya tinggal di kampung. Mereka boleh mengusahakan sawah dan bendang. Mereka tidak harus mengejar sesuatu yang tidak pasti.
[6 markah]

Cadangan jawapan latihan 1:

Bukan semua anak muda berjaya dalam hidup apabila mereka berhijrah ke kota setelah meningalkan kampung halaman. Ada antara mereka yang tidak mendapat kerja, hidup melarat, mengharapkan belas kasihan orang ramai malah ada yang mengharapkan kiriman dari kampung. Mereka sepetutnya tinggal di kampung supaya mengusahakan sawah dan bendang daripada mereka mengejar sesuatu yang tidak pasti.

Latihan 2:
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.
(i)

(ii)

(iii)
Pemandu pelancong itu membawa rombongan tersebut melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar bandar Putrajaya.

Akhbar itu melaporkan bahawa wabak selesema burung telah merebak di negeri Kelantan.

Syarikat berasaskan produk herba itu akan mengusahakan penanaman herba di kawasan lereng bukit.
[6 markah]
Latihan 3:
Tukarkan ayat-ayat dalam cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

(i)

(ii)

(iii)
“Saya ada perjumpaan kokurikulum pada pukul dua petang ini”, kata Sri Yamuna kepada Rina.

“Lain kali berfikirlah dahulu sebelum berkata,”, kata Luqman, “Kata-kata awak itu telah menyinggung perasaan saya, Zabidi” sambungnya.

“Sudahlah perkara yang lepas jangan dikenang,” nasihat Fazli kepada rakannya, “Saya beharap awak dapat mengubah sikap negative awak itu,” katanya lagi.

[6 markah]

Latihan 4:
Tukarkan ayat susunan biasa ini kepada ayat susunan songsang.
(i)

(ii)

(iii)
Nadrah menangis sebab perutnya sakit.

Jalan yang berlubang di Kampung Kundur akan diturap.

Kertas surat khabar telah digunakan untuk membuat model kapal terbang.
[6 markah]

Latihan 5:
Nyatakan subjek dan predikat dalam ayat-ayat berikut
(i)

(ii)

(iii)
Pelayan kedai Pak Hamid rajin.

Langit kemerah-merahan pada waktu senja.

Asam pedas masakan asli masyarakat Melayu di Johor.
[6 markah]

Bahagian ( c ) : Kesalahan ejaan dan imbuhan
Panduan menjawab;
Fahami arahan soalan
Garisi satu perkataan yang mengandungi kesalahan ejaan dan satu perkataan yang mengandungi kesalahan imbuhan dalam setiap ayat
Menulis semula ayat yang mengandungi perkatan yang telah dibetulkan ejaan dan imbuhannya
Garisi jawapan yang diberi

2004
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan membetulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i)

(ii)

(iii)

Nawi selalu menasihatkan kawan-kwannnya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggongnya.

Kebanyakan pelancung lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di pesisiran pantai Malaysia.

Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai progrem kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipereratkan.
[6 markah]

2005
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur an maksud asalnya.

(i)

(ii)

(iii)
Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula jadi.

Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen sebagai pakar bedah.

Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenahkan moto yang berteraskan perpaduan belia semalaysia. [6 markah]

Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ.

Penggunaan e-mel memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej dalam beberapa minit sahaja.

Kempen anti-adadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.
[6 markah]

2007
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i)

(ii)

(iii)
Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendokong usaha kemasyarakatan bahasa Melayu.

Setiap pusat melupuskan sampah hendaklah sentiasa di pantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk di sekitarnya.

Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan prodaknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.

Kerajaan telah melulus undang-undang yang membenarkan pegawai penguatkuasa menahan individu yang tidak bermoral.

Kenaikkan harga beberapa barangan di pasaran sentiasa dipantau supaya tidak membebankan gulungan berpendapatan rendah.

Ketua sendikit pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam penyerbuan semalam.
[6 markah]

2008
Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-keslahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Sebagai masyarakat yang menyintai keamanan dan kemakmuran, rakyat Malaysia sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat negara yang di landa bencana. Kita kasihan akan rakyat yang hidup tersiksa dan diancam kebuluran. Kita perlulah menghulur bantuan kewangan dan mengembleng tenaga dalam memperjuangkan keamanan sejagat.
[6 markah]
Latihan 1:
Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahaan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud cahaya.

(i)

(ii)

(iii)

Pemerhatian serius serta sikap perihatin masyarakat berhubung dengan masalah keruntuhan akhlak mestilah dilakukan agar masalah itu tidak terus merebak.

Kerajaan telah mengkhaskan kawasan peranginan itu untuk para pelawat beristirehat.

Golongan remaja mungkin mempamirkan tingkah laku yang negatif untuk menunjukkan kepada orang-orang dewasa tidak puas hati mereka.
[6 markah]

Cadangan jawapan latihan 1:

(i)

(ii)

(iii)

Perhatian serius serta sikap prihatin masyarakat berhubung dengan masalah keruntuhan akhlak mestilah dilakukan agar masalah itu tidak puas terus merebak.

Kerajaan telah mengekhaskan kawasan peranginan itu untuk para pelawat beristirahat.

Golongan remaja mungkin mempamerkan tingkah laku yang negatif untuk menunjukkan kepada orang-orang dewasa ketidakpuasan hati mereka.

Pelbagai jenis alatulis dijual dengan harga yang rendah semasa berlangsungnya pameran buku dianjur Gabungan Persatuan Penulis Remaja Malaysia di Kangar baru-baru ini.

Bekalan elektrik diputuskan sebaik-baik sahaja rancangan sukan itu hendak disiarkan oleh stesyen televisyen itu.

Pelajar hendaklah mempunyai daya pimpinan yang tinggi dan ketrampilan dalam pergaulan seharian.

Abu tidak mengindahkan nasihat bapanya agar tidak melibat diri dalam perlumbaan haram.

Baju kebaya berwarnakan merah jambu iu memang cucuk dengan Fatimah.

Kawasan yang disyaki menjadi tempat bersembunyi kuncu-kuncu pemberontak itu sedang diawasi oleh pihak tentera.

Karya-karya sastra sama ada Melayu atau Inggeris ialah hasil cetusan fikiran yang lahir daripada peninggian daya kreativiti.

Dalam kehidupan moden, ibubapa perlu berkomunikasi dengan anak-anak, terutamanya apabila mereka dimasukkan sekolah menengah.

Penuturan Mek Zainab dalam dialek Terengganu itu amat ketara walaupun dia sudah tinggal di Johor melebihi dua puluh tahun.

[6 markah]

Latihan 5:
Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahaan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i)

(ii)

(iii)
Kempen anti-dadah peringkat daerah telah dilancarkan oleh Menteri Besar kerana masalah penyalahgunaan dadah dijejaskan imej negara.

Menurut membanci, kanak-kanak yang tingal berhampiran stesyen minyak lebih empat kali berpotensi untuk mendapat penyakit leukemia berbanding kanak-kanak di kawasan lain.

Pada zaman modern ini, masyarakat Malaysia perlu bersedia menghadapi ledakkan teknologi yang semakin mencabar.
[6 markah]

Bahagian (d) kesalahan bahasa
Fahami arahan soalan
Garisi satu perkataan yang mengandungi kesalahan kata dan satu perkataan yang mengandungi kesalahan istilah dalam setiap ayat

Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis semula ayat itu tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i)

(ii0

(iii)
Orang awam tidak dibenarkan masuk ke pusat pembinaan projek itu di atas sebab-sebab keselamatan.

Kejadian gempa bumi yang meranapkan baki sejarah di kota itu telah menggegarkan masyarakat dunia.

Semua peserta-peserta telah menghadiri kursus peningkatan prestasi di pusat peranginan itu yang dikendalikan oleh pemidato yang tersohor.

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian tuan mengisytiharkan kempen Cintailah Sungai Kita peringkat daerah ini.

“Wahai generasi muda, berbaktilah kepada negara yang tercinta ini,” wasiat pemimpin itu ketika berucap dalam perhimpunan belia.

Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong. [6 markah]

Siswazah yang memiliki kemahiran tertentu selain daripada kelulusan akademik
mempunyai peluang yang lebih baik dalam perlawanan untuk mendapatkan pekerjaan.

Stesen minyak-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep layan sendiri.

Pembabitan golongan wanita di dalam pelbagai bidang kerjaya telah menambahkan martabat mereka. [6 markah]

iii)
Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari pekerja syarikat tersebut

Keseluruhan penduduk-penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim membajak padi.

Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang membuat spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.

Oleh kerana terperangkap dalam kecelaruan lalu lintas, ayah sering pulang lewat.

Adik saya adalah antara peserta-peserta pertandingan melukis yang diadakan di pentas legar pusat beli-belah itu.

Para peserta lawatan sambil belajar dibahagi pada beberapa kumpulan untuk memudahkan amalan daftar masuk lapangan terbang.
[6 markah]
2008
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)

(ii)

(iii)

Hasrat Aiman supaya menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu terpaksa dimansuhkan kerana masih belum mendapat keizinan dariapada kedua-dua ibu bapanya.

Wang gaji yang diperoleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemah dan bakinya disimpan di dalam bank.

Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca di pantai timur Semananjung Malaysia mendung, manakala di lain-lain kawasan cuacanya cerah.
[6 markah]
Latihan 1:
Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis semula ayat tersebut tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i)

(ii)

(iii)

Pengajian yang dijalankan oleh pihak MARDI telah berjaya mengeluarkan baka pokok yang bermutu tinggi.

Peragawati yang bertugas di dalam pesawat tersebut mengisytiharkan semua penumpang kembali ke tempat duduk dan memasang tali keledar.

Persembahan budaya yang diadakan pada malam tersebut disertai oleh beberapa kelompok kesenian yang terkenal di negara ini

Cadangan awapan latihan 1:

(i)

(ii)

(iii)

Penyelidikan yang dijalankan oleh pihak MARDI telah berjaya menghasilkan baka pokok yang bermutu tinggi.

Pramugrari yang bertugas dalam pesawat tersebut mengarahkan semua penumpang kembali ke tempat duduk dan memasang tali keledar.

Pertunjukkan budaya yang diadakan pada malam tersebut disertai oleh beberapa persatuan kesenian yang terkenal di negara ini

Oleh sebab terlalu terlalu marah, Sultan Melaka telah mengenakan hukuman bunuh terhadap Hang Tuah.

Bangunan menjulang tinggi yang terletak di tengah-tengh bandar itu paling kerap sekali dikunjungi pelawat pada setiap hujung minggu.

Senarai nama peserta-peserta yang akan turut serta dalam sektradsisi berkayak diarahkan kepada urus setia program. [6 markah]

Ratusan penduduk-penduduk bandar-bandar tersebut telah terkorban dalam kejadian banjir yang berlaku.

Selain dariapada itu, Cikgu Badrul mengadakan kuiz untuk mengkaji pemahaman murid-muridnya.

Para pekerja berbondong-bondong membina bangunan itu dari pagi hingga ke petang.

[6 markah]
Latihan 4:
Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis semula ayat tersebut tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya

(i)

(ii)

(iii)

Kedua ibu bapa Azman tidak mampu menghantarnya yang tepok itu ke sekolah khas kerana sewa bulanannya terlalu tinggi.

Masalah pengurangan ozon telah membimbangkan dunia berikutan berlakunya pencairan ais pada kawasan kutub.

Walaupun sibuk, Ahmad tetap mengulang kaji pelajaran oleh sebab banyak isu yang belum dia kuasai.

[6 markah]

Latihann 5:

Kami menaiki mini bas pergi ke kompleks membeli-belah.

Walaupun padi itu sudah menguning, namun belum sempat saya tuan kerana telah ditenggelami air banjir.

Dahlan menceritakan kedaifan penduduk-penduduk yang mendiami kawasan-kawasan pendalaman
[6 markah]
Bahagian (e): Peribahasa
Panduan menjawab
Murid seharusnya sudah mengetahui semua peribahasa yang terkandung dalam buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
Murid seharusnya sudah mengetahui maksud peribahasa tersebut
Dalam bahagian ini murid sama ada dikehendaki memberi peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang dinyatakan dalam petikan, memberi maksud peribahasa, memadankan peribahasa yang ssuai atau membina ayat berdasarkan peribahasa yang diberi.

2004
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.

Perpaduan rakyat menjadi tunggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatiif akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud, maka tiada sesiapa yang untung. Sebaliknya, mereka akan kehilangan segala-galanya.
[6 markah]

2005
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i)

(ii)

(iii)
Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.

Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti renaja lain.

Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.
[6 markah]

2006
Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat-tempat kosong.

Amir :

Sofea :

Amir :

Sofea :

Amir :
Banyak pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi.

Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan bahasa yang betul

Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa dan keadaan kerana (i)…….

Media msssa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata perpatah (ii)…….

Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan kritikan dengan lebih berkesan kerana (iii)…….
[6 markah]
2007
JUN
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.

(i)

(ii)

(iii)
Orang yang lupa akan asal usulnya.

Bersama-sama dalam menghadapi kesusahan dan kesenangan.

Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
[6 markah]

2007

Berikan maksud peribahasa di bawah.

(i)

(ii)

(iii)
Bahasa Jiwa Banga.

Bagai dakwat dengan pen.

Seperti air dalam kolam.
[6 markah]
2008
Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkkan maksud dan penggunaannya.

(i)

(ii)

(iii)
Bagai menantang minyak yang penuh.

Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.

Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.
[6 markah]
Latihan 1:
Baca ayat di baah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.

(i)

(ii)

(iii)
Walaupun kebanyakan penduduk kampung tersebut pada mulanya hidup dalam kesusahan, mereka tekun bekerja dan sanggup bersusah payah mencari rezeki dan hari ini mereka mula mengecap kesenangan.

Kini segala-galanya telah terlambat dan harapannya hancur setelah menegtahui anak kesayangannya terlibat dengan dadah.

Sikap gemar membaca perlu disemai di peringkat kanak-kanak lagi sekiranya kita ingin melahirkan masyarakat Malaysia yang gemar membaca.
[6 markah]
Cadangan jawapan latihan 1:
(i)

(ii)

(iii)
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Nasi sudah menjadi bubur.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Latihan 2:
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.

(i)

(ii)

(iii)
Encik Salim mengenakan faedah yang inggi terhadap pinjaman yang diberikannya kepada penduduk kampung.

Sejak akhir-aakhir ini, Encik Chong kelihatan gelisah kerana perniagaannya merosot dan dia juga mengalami masalah kewangan.

Projek gotong-royong itu telah dirancang oleh penduduk Kampung Wawasan tetapi ketua kampung tersebut yang telah mendapat nama.
[6 markah]

Latihan 3:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam peikan.

Kita amat digalakkkan melakukan sesuatu pekerjaan itu secara beransur-ansur. Kita boleh memulakannya secara sedikit demi sedikit sehingga pekerjaan itu dapat diselesaikan. Kita mestilah berusaha tanpa jemu dan tidak boleh mengharapkan sesuatu kejayaan itu datang dengan sendirinya. Sebaliknya, perasaan berputus asa pula tidak seharusnya menguasai diri apabila kegagalan menjelma kerana setiap masalah yang membelengu itu tentu ada jalan penyelesaiannya. Sebaik-baiknya biarlah usaha yang kita lakukan itu berterusan sehinggalah kejayaan yang dimpikan menjadi kenyataan.

Komitmen kerajaan Rusia dalam usaha melatih angkasawan dari Malaysia merupakan satu peluang yang dinanti-nantikan. Jika dahulu orang mengatakan bahawa usaha ini hanya mimpi, namun kini apa-apa yang kita idamkan bakal menjadi realiti. Pada Oktober nanti angkasawan sulung dari negara kita akan melepasi orbit dan mncul di angkasa lepas. Hal ini merupakan satu kejayaan besar kepada negara. Program ini menjadikan Malaysia setanding dengan negara-negera maju di dunia. Untuk mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh dengan menyediakan kursus yang berkaitan aeroangkasa di universiti tempatan.
[6 markah]

Latihan 5:
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan satu peribahasa lain yang sama atau hampir sama maksudnya dengan peribahasa yang bercetak tebal.

(i)
Pada awalnya pasangan kembar itu bergaduh, tetapi akhirnya mereka berbaik-baik semula. Benarlah kata orang, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

(ii)
Perangai anak itu kasar seperti perangai bapanya juga. Tepatlah kata peribahasa, bagaimana tepuk, begitulah tarinya.

(iii)
Setelah bertahun-tahun merantau di negara asing, akhirnya dia pulang ke tempat asalnya, bak kata peribahasa setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua.

[6 markah]

-Tamat-

Dipetik daripada Sidahtigs.edublog

0 comments:

Post a Comment