Wednesday, April 21, 2010

Rumusan Ting 5

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang faktor-faktor berlakunya pengangguran dalam kalangan siswazah dan kesan-kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Bilangan siswazah di negara ini kian bertambah dari setahun ke setahun.Situasi ini secara tidak langsung melambangkan kesedaran rakyat negara ini tentang pentingnya pendidikan kian meningkat. Meskipun begitu, keseronokan siswazah memiliki segulung ijazah tidak berpanjangan kerana kegusaran terus bersarang dalam jiwa mereka yang belum mendapat sebarang pekerjaan. Ada antara siswazah yang terlalu memilih pekerjaan walaupun mereka menyedari jawatan-jawatan yang diiklankan dan ditawarkan mengikut kelayakan mereka agak terhad dan persaingannya amat tinggi. Suasana persekitaran yang kurang selesa juga mendorong siswazah menunggu peluang pekerjaan yang sesuai walaupun mereka sedar bahawa bilangan siswazah tidak mungkin berkurang.
Siswazah yang menganggur menyifatkan kur­sus yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kurang profesional dan tidak memenuhi prospek pasaran semasa. Hal ini demikian kerana mereka menganggap bahawa mereka "terpaksa" mengikuti kursus yang ditawarkan oleh pihak IPT. Segelintir yang lain pula menyaIahkan pihak IPT yang dikatakan tidak memberikan perincian tentang masa depan lulusan sesuatu kursus yang ditawarkan. Harapan yang tinggi kepada pihak kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan masih menebal dalarn minda siswazah. Oleh hal yang demikian, siswazah tidak bersedia untuk mencipta pekerjaan, sebaliknya hanya berharap dan menanti peluang pekerjaan melamar mereka. Dari aspek yang lain pula, isu yangg menjadi perbualan hangat ini dikaitkan juga dengan keputusan peperiksaan yang diperoleh kurang baik di samping tahap keupayaan berkomunikasi yang rendah dalam kalangan siswazah.
Di samping hal-hal di atas, pihak-pihak tertentu yang mengaitkan masalah pengangguran siswazah dengan pertambahan jumlah siswazah di pasaran yang naik secara mendadak sedangkan jumlah peluang pekerjaan yang tersedia tidak seimbang dengan jumlah permintaan. Pihak yang lain pula menyalahkan ketiadaan latihan sebagai persediaan pekerjaan yang menyebabkan timbulnya masalah ini. Oleh sebab itu, usaha yang berkesan perlu dilaksanakan agar fenomena ini tidak berterusan. Pelaksanaan Dasar Industrilisasi Pertanian meru­pakan langkah yang signifikan untuk mengatasi permasalahan ini. Di samping itu, pihak kerajaan harus berusaha menarik minat siswazah supaya melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, yakni industri kecil dan sederhana serta industri pembuatan yang berasaskan produk pertanian.
Namun demikian, dengan latar belakang pendidikan yangg ada dan diperkukuh dengan peluang perniagaan, seperti bimbingan dan latihan Program Usahawan Muda, negara mampu melahirkan usahawan dalam kalangan siswazah. Siswazah juga wajar mempelajari kemahiran tertentu di IPT supaya mereka mempunyai pekerjaan alternatif sekiranya gagal mendapat peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengkhususan utama pengajian mereka.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana"Dilema Siswazah Menganggur" oleh FarizalRazalli, Dewan Masyarakat, Julai 2005.)
Jawab soalan-soalan pemahaman di bawah.
Berikan maksud rangkai kata kegusaran terus bersarang dalam jiwa. (2 markah)
Nyatakan langkah-langkah pihak kerajaan untuk menangani pengangguran dalam kalangan siswazah di negara ini. (3 markah)
Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah siswazah enggan menceburkan diri dalam bidang perniagaan?(4 markah)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang kesan pertumbuhan pusat tuisyen dan faktor pertumbuhannya.Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120patah perkataan.


Akhir-akhir ini, menghadiri kelas tuisyen sudah menjadi kemestian kepada pelajar sama ada pelajar sekolah rendah ataupun menengah sekaligus mendorong pertubuhan pusat tuisyen bagai cendawan tumbuh setepas hujan. Dahulu pusat tuisyen hanya untuk pelajar daripada golongan yang berada. Sebaliknya pada hari ni, pelajar daripada golongan sederhana juga tidak ketingalan mengikutinya. Agar tidak dikatakan agak terkebelakang, ibu bapa sanggup mendaftarkan anak-anak mereka di pusat tuisyen walaupun terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar yuran tuisyen. Tidakkah tindakan tersebut menjadi beban kepada ibu bapa?
Sesetengah pelajar pula sanggup ke pusat tuisyen sejurus pulang dari sekolah. Ada yang berbuat demikian pada waktu malam ataupun pada hari minggu. Dari segi penggunaan masa, langkah tersebut amat wajar, yakni pelajar dapat memanfaatkan masa yang terluang dengan menimba ilmu pengetahuan di pusat tuisyen. Dari aspek yang lain pula, kesibukan pelajar dengan aktiviti akademik yang sedemikian rupa mengakibatkan masa untuk pelajar bersama-sama dengan keluarga agak terbatas. Ketiadaan masa rehat yang mencnkupi pula memungkinkan pelajar mengalami tekanan perasaan.
Meskipun kehadiran pelajar ke kelas tuisyen dapat membantu meningkatkan prestasi akademik mereka, namun tidak kurang juga yang meng­gunakan alasan ke kelas tuisyen untuk keluar rumah berjumpa dengan rakan-rakan atau pihak-­pihak tertentu. Perkara ini tidak mustahil berlaku kerana ibu bapa gagal memantau pergerakan anak-anak dengan berkesan. Tegasnya, rnatlamat yang keterlaluan untuk memperoleh kecemerlang­an dalam bidang akademik kadangkala meng undang padah yang mendatangkan penyesalan yang berpanjangan.
Di samping itu, belajar di kelas tuisyen sudah menjadi suatu budaya dalam kalangan pelajar, terutama mereka yang tinggal di bandar. Keadaan ini tidak berpihak kepada pelajar luar bandar yang tidak berpeluang belajar di kelas tuisyen. Keadaan ini menyebabkan mereka kurang yakin untuk bersaing dengan pelajar di bandar khususnya dalam hal-hal akademik. Bagi pelajar daripadaa keluarga yang kurang berkemampuan pula, mereka tidak mempunyai peluang untuk belajar di kelas tuisyen. Golongan ini hanya mendengar pelbagai cerita menarik tentang kelas tuisyen daripada rakan-rakan mereka. Oleh sebab itu, tidak mustahil jika pelajar berkenaan meng­asingkan diri daripada rakan-rakan yang dianggap lebih bernasib baik daripada mereka.
Walau apa sekalipun, budaya belajar di kelas tuisyen banyak mendatangkan faedah kepada pelajar yang memanfaatkannya dengan bijaksana. Sekiranya kesempatan yang tersedia itu disalah­gunakan, pelbagai masalah akan timbul. Ingatlah bahawa kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar dalam pelajaran bergantung pada kecekapan pelajar merebut peluang keemasan yang terbentang di depan mata.

(Dipetik dart diubahsuaikan daripada rencana"Dilema Tuisyen - Perlu atau Tidak?" oleh SyakiraAbdullah, Dewan Siswa, Mac 2005.)
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1.Berikan maksud rangkai kata bagai cendawan tumbuh selepas hujan. [2 markah)

2. Mengapakah penulis menyatakan bahawa tuisyen merupakan suatu budaya dalam kalangan pelajar pada
hari ini? [3 markah)

3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan keberkesana
pusat tuisyen di negara ini? (4 markah)

0 comments:

Post a Comment