Monday, April 26, 2010

PERIBAHASA

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5
1. lintah darat Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi
.2. bagai aur dengan tebing Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
3. anak dagang Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
6. indah khabar daripada rupa Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
9. kacang lupakan kulit Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..
13. memerah otak Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
18. bak cendawan tumbuh selepas hujan Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
21. mencari jalan Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
22. biar mati anak, jangan mati adat Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
23.sediakan payung sebelum hujan Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24. berbesar hati Maksud : Gembira.
25. anak buah Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
26. tuan rumah Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. yang lama dikelek, yang baharu didukung Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
28. batu penghalang Maksud : Halangan
29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
30. bagai ikan pulang ke lubuk Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
Ke Menu Utama

0 comments:

Post a Comment